AL-IKHSAN SPORTS & FOOT REPUBLIC LANCAR KEMPEN “WORLD FOOTBALL FESTIVAL 2022”

Pelancaran kempen itu diadakan di pusat beli-belah IOI Mall, Putrajaya sempena meraikan musim bola sepak bertaraf dunia yang bakal berlangsung di Doha, Qatar.

IMG20221108152020 (2)

Menyedari pesta bola sepak itu hanya diraikan EMPAT tahun sekali, Al-Ikhsan Sports telah mengatur pelbagai acara serta barisan barangan premium khas untuk dijadikan koleksi oleh pencinta bola sepak di Malaysia.

Al-Ikhsan Sports telah berkolaborasi bersama jenama antara bangsa iaitu Adidas untuk satu siri jelajah “Adidas Official Match Ball Roadshow” di LIMA lokasi pilihan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Selain itu, sebanyak 14 lokasi tambahan turut dibuka bagi memenuhi permintaan konsumer barangan sukan khusunya bola sepak. Antara lokasi yang bakal menerima “pop-up booth” adalah di Melaka, Pulau Pinang, Johor Bahru, Negeri Sembilan.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla berkata:

IMG20221108151740 (2)

“Sebagai peneraju barangan sukan nombor 1 di malaysia sejak tahun 1993 yang mempunyai koleksi Piala Dunia terbesar melalui 167 kedai kami di Seluruh Malaysia, kami berasa amat teruja untuk memperkenalkan kempen “World Football Festival 2022” yang dilancarkan buat 15 juta peminat tegar bola sepak di negara ini. Objektif kami adalah untuk membawa kegilaan bola sepak di Malaysia dan memberi pengalaman yang menyeronokkan dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk semua pelanggan yang berkunjung ke kedai kami”

IMG20221108165338 (2)

Antara yang menarik untuk pesta kali ini, Al-Ikhsan Sports turut bekerjasama dengan Media Prima Audio yang merupakan rakan radio strategik bagi kempen ini. Beberapa siri jelajahbersama rangkaian radio popular negara bakal disertakan dengan pelbagai aktiviti seperti siaran luar secara langsung, penampilan penyampai radio stesen naungan rangkaian tersebut dan barisan permainan santai telah diaturkan khas oleh dua nama gergasi dalam bidang masing-masing.

Penyokong bola sepak boleh memenangi Jersi Eksklusif secara ‘on air’ melalui Hot FM, Fly FM, Buletin FM dan Molek FM. Oleh itu, nantikan pengumuman mereka!

Al-Ikhsan Sports juga menganjurkan satu pertandingan “Media Futsal Match” yang membabitkan rakan-rakan media dan rakan-rakan pempengaruh pada 8 November lalu yang bertujuan merai serta mengeratkan hubungan bersama media yang sentiasa memberi sokongan kepada Al-Ikhsan Sports. Selain itu, Al-Ikhsan Sports turut melancarkan akaun rasmi Tik Tok Al-Ikhsan Sports yang mana akan menyerikan lagi kehadiran digital serta media sosial Al-Ikhsan Sports.

“Orang ramai dijemput menyertai dan menjayakan kempen “World Foot Festival 2022” dan sebarkan #footballmadness di seluruh platform digital. Peminat setia juga digalakkan hadir ke cawangan dan lokasi jelajah untuk satu pengalaman #footballmadness yang unik bersama-sama Al-Ikhsan Sports dan Foot Republic. Tujuan utamanya adalah untuk menjadikan Al-Ikhsan Sports sabagai destinasi Nombor Satu untuk musim bola sepak melalui kempen dengan produk berlesen rasmi “World Cup Exclusive 2022″ kami”

Maklumat lanjut, layari:

  • platfom digital Al-Ikhsan Sports dan Football Republic di FB, IG, Twitter, TikTok da Linkedln atau http://www.al-iksan.com
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: