Komputer riba JOI Classmate® 30 adalah antara peranti khas untuk pelajar-pelajar pelbagai kategori usia yang mengikuti pembelajaran di bilik darjah dalam talian yang disediakan oleh SNS Network Technology Berhad.
JOI menyediakan pendekatan pembelajaran fleksibel yang ideal untuk pembelajaran secara dalam talian yang menekankan kemahiran kritikal seperti komunikasi, kerjasama, pemikiran kritis dan kreativiti.
Peranti JOI juga serasi dengan set alatan Microsoft Office yang membuka kunci kuasa kreativiti dan kerjasama yang penting untuk pembelajaran dalam talian.
Peranti moden yang sesuai dan nipis untuk kanak-kanak yang pergi ke sekolah ini datang dalam pelbagai ciri berikut antaranya:
- dikuasakan oleh Pemproses Intel® Core i3-1500G1 sehingga 3.40GHz, beserta dengan Intel® UHD Graphics memudahkan penghasilan dan kerja pembentangan slaid-slaid untuk persembahan di Power Point.
- sistem memori yang besar iaitu RAM 4GB untuk penyimpanan dokumen, fail dan gambar
- badannya direka agar lasak dan bezel yang tebal disekeliling skrin agar mampu menahan kejatuhan sehingga 2 kaki
- mempunyai berat kira-kira 1.73g dan ukuran panjang 51.5cm menjadikannya peranti mudah alih
- mempunyai lapisan tambahan yang dapat menahan daripada lembapan, debu malah tumpahan air sehingga 100 kubic cm air.
- dilengkapi dengan pelbagai hub sambungan iaitu USB 2.0. USB 3.2, RJ45, VGA, HDMI dan slot Micro SD
- menjalankan sistem operasi Windows terkini iaitu Windows 10 Pro
- Skrin seluas 14.5 inci dengan panel TN. Resolusi skrin dengan definisi tinggi 1366 x 768 memberi pengalaman menonton yang memuaskan
- dilengkapi dengan Drive Technology sehingga 256GB SSD mempercepatkan pelancaran aplikasi dan boot
- kemudahan sambungan Wi-fi
- sambungan Bluetooh 5.0 memudahkan urusan penghantaran fail dan komunikasi
- kemudahan bateri 4,000mAh membolehkan penggunaan komputer riba sehingga 8 jam lamanya
- Trackpad juga mudah digunakan
Pilihan JOI Classmate® 30 menepati cita rasa pelajar yang inginkan peranti yang menyenangkan pembelajaran memandangkan ia adalah satu peranti ‘high performing’ yang mampu milik.
Leave a Reply