SUBANG PARADE TAWAR PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MUSIM BOLA SEPAK 2022

Yey musim bola sepak kembali lagi!

Pusat beli-belah Subang Parade, sebuah hartanah teras milik Hektar REIT turut tidak ketinggalan menyertai keseronokan ini.

Pada 24 November, pusat beli-belah ini mengumumkan permulaan Football Fever 2022 sempena meraikan Musim Bola Sepak.

sp1 (2)

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, YB Michelle Ng Mei Sze, Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Korporat Hektar Reit, Puan Zarina Halim dan pemain bola sepak profesional Malaysia iaitu Shivan Pillay.

sp 2 (2)

Puan Zarina Halim berkata,

“Ini merupakan peluang yang sangat baik untuk ahli keluarga datang beramai-ramai bersama-sama bermain permainan dan bergembira bersempena cuti sekolah yang baru bermula. Subang Parade adalah merupakan sebuah pusat beli-belah komuniti dan sejajar dengan fokus kami dari aspek sosial berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (“ESG”), keutamaan kami adalah untuk memberikan pengalaman membeli belah dan mempromosikan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan penglibatan kesejahteraan fizikal oleh komuniti. Ini selaras dengan komitmen pihak kami kepada Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ketiga iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (UNSDG 3)”

Menurut Shivan Pillay pula,

“Demam Bola Sepak ini adalah platform yang baik untuk mempromosikan sukan bola sepak bukan sahaja sebagai permainan tetapi sebagai sukan untuk kehidupan sihat di kalangan kanak-kanak. Ia juga mengajar mereka persaingan sihat dan makna kerja berpasukan dan pada masa yang sama kemahiran dalam cara menendang bola, menghantar bola dan bermain sebagai satu pasukan”

Subang Parade telah menyediakan pelbagai aktiviti mesra keluarga di zon legar pusat bermula dari 26 November hingga 11 Disember, yang merangkumi Shoot For Glory, Persembahan Bola Sepak Gaya Bebas, Kelas Kemahiran Bola Sepak dan Pertandingan Futsal 3vs3 untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

Namun aktiviti yang paling menarik adalah cabaran “Shoot for Glory” di mana pembeli boleh memenangi hadiah lumayan dengan merembat bola ke sasaran. Hadiah-hadiah lumayan bernilai lebih RM10,000 yang disediakan adalah 70 inci LG 4k TV, Samsung S22, Apple Watch SE dan 5 x hadiah saguhati.

Sepanjang tempoh kempen pula, disediakan persembahan bola sepak gaya bebas, klinik bola sepak untuk kanak-kanak dan dewasa serta pertandingan timbang bola setiap hujung minggu dari 7malam hingga 9 malam.

Pertandingan Futsal 3 lawan 3 pula akan diadakan pada 10 dan 11 Disember 2022 di kawasan legar pusat beli-belah. Peraduan futsal ini dibuka kepada kanak-kanak dalam dua kumpulan umur iaitu 7 hingga 9 dan 10 hingga 12. Pertandingan tersebut telah menerima sambutan yang memberangsangkan dan sekurang-kurangnya 24 pasukan bakal bertanding untuk bagi setiap kategori umur.

Nota: Semua aktiviti bola sepak yang dinyatakan di atas tertakluk kepada terma dan syarat

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: