Penuh dengan sentuhan warna-warni!
Memang sesuai tema “Artful Chrismas” bagi sambutan Hari Natal di pusat beli-belah Fahrenheit88 tahun ini yang sudahpun bermula pada 23 November lalu sehingga 26 Disember nanti.
Apatah lagi tahun ini, sambutan perayaan diadakan bergandingan dengan Bath & Body Works, Fahrenheit88.
Gandingan bersama Bath & Body Works ini membawa wangian yang semerbak harum sekali gus memberi pengalaman membeli-belah bersama keluarga dan teman-teman yang mengasyikkan.
Sudut ‘Give Love’ yang terletak di pintu masuk Fahrenheit88 perlu anda kunjungi terlebih dahulu sebelum masuk ke pusat beli-belah dan memulakan pencarian hadiah Krismas anda.
Terdapat EMPAT kotak dispenser “holiday frangrance mist” dengan EMPAT wangian berbeza iaitu Hope, Joy, Love dan Peace disediakan di sudut “Give Love” ini.
Anda hanya perlu pilih salah satu kotak dispenser (atau pilih semua) dan letakkan tangan anda ke dalam tempat yang disediakan, dan satu semburan akan dilepaskan pada tangan anda. Maka anda akan berbau wangi seperti Cotton Candy Champagne atau Winter Peach Marshmallow sepanjang tempoh anda membeli-belah di Fahrenheit88.
Penat membeli-belah, anda boleh cuba bermain di booth permainan yang disediakan di ruang tengah pusat beli-belah ini. Mana tahu anda berpeluang membawa hadiah-hadiah menarik berupa patung Santa Claus, patung Snowman atau juga beruang-beruang beraneka saiz dan warna.
Fahrenheit88 menawarkan pelbagai promosi dan diskaun sepanjang tempoh sambutan Krismas antaranya potongan harga sehingga 50% untuk rekaan cermin mata di Beseen, potongan harga sehingga 10% di BookXcess dan dapatkan pokok kedua anda di Kokedama pada harga RM50 sahaja jika anda membeli pokok pada harga asal di Mossybola Kokedama.
Jika anda sukakan lampu berwarna-warni, boleh kunjungi Pameran iNyala Latest Immersive Art yang mempamerkan 17 karya seni yang dipasang mengguna kiub LED dengan sentuhan moden terkini. Manakala bermula 1 Disember nanti, satu pameran Seni Hibrid yang terbesar di Malaysia iaitu Art is Fair KL akan diadakan kembali di Fahrenheit88 khas bagi peminat-peminat seni.
Fahrenheit88 juga menawarkan perkhidmatan PERCUMA membalut hadiah di Kaunter Concierge dan anda juga boleh menebus pelbagai barangan Artful Christmas. Dengan pembelian sebanyak RM100, pelanggan boleh menebus baucarBrands Outlet bernilai RM10.
Nota:
Terhad pada 2 kali penebusan untuk pelanggan bagi satu hari. Sehingga stok masih ada. Semua penebusan boleh dilakukan di Kaunter Concierge di Aras G pada hari yang sama dengan pembelian.
Maklumat lanjut mengenai Artful Christmas, lawat :
- Facebook Fahrenheit88’s di https://www.facebook.com/Fahrenheit88/
- Instagram di https://www.instagram.com/fahrenheit88/
- hubungi Fahrenheit88 Customer Service at 03-2148 5488.
Leave a Reply