Buat pertama kali dalam sejarah hidup penulis, menonton Piala Dunia kali ini nun jauh di selatan.
Lebih tepat lagi, di Parti BolaKaw, Singgah Pengerang, Kota Tinggi, Johor bersama-sama lebih daripada 40 orang pengunjung yang terdiri daripada pempengaruh media sosial, penghuni hotel di Singgah Pengerang dan juga tetamu jemputan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur yang berada di sekitar Pengerang.
Sesi tayangan perlawanan Piala Dunia diadakan di Singgah Cafe yang menempatkan beberapa bean bag dan sebuah TV dengan skrin besar yang memudahkan tetamu-tetamu yang hadir menonton dan bersorak bagi pasukan pilihan masing-masing.
Menariknya, tetamu yang hadir telah dihidangkan dengan pelbagai makanan yang disediakan oleh Singgah Cafe.
Antaranya:
Set Nasi Kampung beserta Popia Sayur-Sayuran
Set Mee Goreng Mamak beserta Potato Wedges
Set Ayam Sosej Goreng beserta potongan Buah-Buahan
Set Pasta Karbonara dengan Ayam beserta Nuget Ayam
Tetamu yang hadir untuk menonton tayangan Piala Dunia sepanjang Kempen OhBolaKaw di Singgah Cafe ini juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan yang disediakan antaranya pertandingan permainan papan bola sepak, permainan mini, permainan menjaring bola, permainan melantun bola dan banyak lagi.
Selain menyertai pertandingan yang disediakan, tetamu juga berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai tawaran hadiah menarik, termasuk pemberian jersi bola sepak edisi terhad.
Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata, kempen OhBolaKaw ini diadakan buat julung kalinya dengan tujuan mengumpulkan peminat-peminat sukan bola sepak untuk hadir dan beramah mesra sambil menonton pasukan pilihan mereka beraksi.
“Tayangan bola sepak ini diadakan menerusi beberapa siri bermula pada 9 Disember (peringkat suku akhir), 10 Disember (peringkat suku akhir), 14 Disember (peringkat separuh akhir), 17 Disember (perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat) dan akhir sekali pada 18 Disember nanti bagi perlawanan peringkat akhir” ujar Ahmad Shakir.
Tambah Ahmad Shakir, selain menyemarakkan semangat bola sepak, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai di luar sana terhadap jenama rangkaian hotel Singgah milik KOPETRO.
Untuk makluman, Singgah Pengerang adalah hotel yang diuruskan sepenuhnya oleh KOPETRO Hotel & Resorts.Bermula Januari 2021, KOPETRO Hotel & Resorts mula mengembangkan jenama Singgah dengan memperkenalkan Singgah Cafe selari dengan pembukaan cawangan hotel di Pengerang. dengan Menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa, Singgah Cafe adalah lokasi paling sesuai untuk berehat dan menghabiskan waktu hujung minggu menikmati hidangan makanan dan minuman berkelas premium pada harga berpatutan.
Layari:
- Facebook: https://www.facebook.com/kopetroberhad
- Instagram: https://www.instagram.com/kopetroberhad
- Website: www.kopetro.com.my
Leave a Reply