Singgah Pengerang adalah hotel kedua selepas Singgah Kertih yang diuruskan sepenuhnya oleh KOPETRO Hotel & Resorts. Ia menawarkan pelbagai pakej penginapan hotel yang menarik di sekitar kawasan daerah Kota Tinggi dan juga kawasan berdekatan seperti Kerteh, Terengganu.
Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah:
- Kaunter Penerimaan Tetamu yang beroperasi 24 jam
- Perkhidmatan Bilik
- Wi-fi percuma
- Lounge
- Singgah Cafe yang menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan dan antara bangsa
- Surau berasingan bagi lelaki dan wanita
- Sudut Internet
Manakala di setiap unit penginapan pula disediakan:
- meja
- tv skrin rata
- peti sejuk mini\
- bar mini
- rak baju
- backdrop lakaran bangunan ikon yang terkenal di Johor
Singgah Pengerang juga menawarkan bilik penginapan mesra OKU yang mana ia memberi kemudahan serta keselesaan kepada mereka yang kurang upaya.
Selain itu, turut menawarkan perkhidmatan nasihat bagi pengusaha hotel lain yang mahu mendapatkan khidmat pengurusan hotel. Ia mensasarkan golongan eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas selain pemilik-pemilik perniagaan dan pelancong-pelancong tempatan.
Harga bilik adalah sekitar RM150 hingga RM190 semalaman
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian hotel Singgah dan pelbagai pakej penginapan yang ditawarkan, layari:
- laman web www.singgah.com.my
- akaun Facebook dan instagram @SinggahPengerang
Untuk tempahan, boleh berbuat sedemikian di rsv.singgahpengerang@kopetro.com.my
Singgah Pengerang
No 21, Jalan Kelicap 3
Bukit Pelali
81600 Pengerang
Johor Bahru
Leave a Reply