THE LEGEND BAKAL ADAKAN KONSERT AMAL ROCK HUJUNG BENUA ASIA 2022

IMG20221219163829 (2)

Bakal berlangsung pada 24 Disember ini, konsert ini adalah salah satu acara yang telah direncanakan untuk mempromosi Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai, Johor yang diadakan selama EMPAT hari mulai 22 Disember hingga 25 Disember nanti.

Konsert Amal Rock Hujung Benua Asia akan diadakan di perkarangan tempat letak kereta Taman Negara Tanjung Piai, Pontian, Johor dan konsert ini adalah antara kemuncak acara di dalam Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai 2022 selain Malam Irama Johor yang bakal mmepersembahkan pelbagai aktiviti nyanyian dan juga tarian.

Konsert amal ini menerima sokongan daripada Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia di bawah inisiatif Pelan Pemulihan Pelancongan 2022.

Konsert Amal Rock Hujung Benua Asia yang dihoskan oleh Persatuan Kebajikan Artis-artis Johor Bahru (The Legend) diadakan dengan tujuan membantu ahli-ahli persatuan yang sudah tidak aktif berkarya dalam masa sama mengumpulkan artis-artis lama dan baru dalam satu konsert.

Oleh itu, satu majlis sidang media telah diadakan di restoran BBQ OASIS GARDEN, Danau Kota pada 19 Disember 2022 untuk mewar-warkan mengenai konsert amal ini yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Majlis sidang media ini dihadiri oleh 10 orang artis yang bakal membuat persembahan pada Konsert Amal Rock Hujung Benua Asia.

IMG20221219155707 (2)

Mereka adalah Man Kidal, Kumpulan Kristal,Bandi Amuk, Ayai Ilusi, Wom UG14, Pat Candy, Halim Rockers, Ucop Ahmad, Kumpulan O-Two dan Kumpulan DNA Band. Artis-artis ini akan menyampaikan lagu-lagu rock yang pernah dipopularkan oleh mereka dan artis-artis lain di bawah naungan persatuan sebagai tribute kepada mereka. Dianggarkan sebanyak 30 lagu akan dipersembahkan dalam konsert itu nanti.

IMG20221219153049 (2)

Konsert ini juga akan diserikan dengan pertembungan petikan gitar antara Man Kidal, Rodi Kristal dan Pat Candy yang pastinya akan memukau penonton yang datang mengunjungi Pesta Air Pasang tersebut.

IMG20221219163818 (2)

Pihak penganjur telah menyediakan tiket-tiket yang berharga dari RM55 hingga RM200 bergantung kepada pakej-pakej menarik yang boleh dipilih oleh penonton. Tiket-tiket boleh didapati di Ticket2U atau melalui talian hotline konsert 016 3625 786 dan 016 2585 786.

Selain daripada persembahan nyanyian, penonton juga berpeluang memenangi cabutan bertuah yang akan diadakan di sepanjang acara ini berlangsung.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: