ANUGERAH ARTIS MUDA FABER-CASTELL 2022 TERIMA LEBIH 20,000 PENYERTAAN

Young Artist Award 2022 Photo 2 (2)

Anugerah Artis Muda Faber-Castell 2022, iaitu satu platform untuk bakat muda mempamerkan kreativiti mereka telah menerima lebih daripada 20,000 penyertaan untuk pertandingan mewarna terbesarnya.

Young Artist Award 2022 Photo 1 (2)

Kembali untuk tahun ke-dua, pelajar berumur antara 5 hingga 8 tahun (Kategori A) dan 9 hingga 12 tahun (Kategori B) di seluruh Malaysia bertanding dalam TIGA pusingan mewarna dan Pemenang Utama menjadi Duta Artis Muda Faber-Castell Malaysia.

Pertandingan mewarna yang paling berprestij untuk kanak-kanak di negara ini bertujuan menyuntik kreativiti dalam kalangan bakat muda Malaysia.

Bertemakan “A Greener Nature, A Better Future”, pertandingan ini menggalakkan para peserta untuk mendalami kreativiti serta kelestarian melalui kertas mewarna dan bengkel maya yang meliputi pelbagai topik, daripada pemeliharaan hidupan liar, flora dan fauna sehinggalah pemuliharaan lautan. Peserta telah dibekalkan dengan pengetahuan, tutorial, bahan dan alatan yang bernilai oleh pakar-pakar seni yang memberikan tunjuk ajar melalui silibus pembelajaran holistik dalam satu siri ‘masterclass’ mini. Para finalis teratas turut berpeluang menyertai lawatan lapangan ke Aquaria KLCC bagi menyemarakkan inspirasi dan kreativiti mereka.

Encik Andrew Woon, Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia berkata,

Young Artist Award 2022 Photo 3 (2)

“Di Faber-Castell, kami akan terus memainkan peranan untuk memupuk kreativiti sejak kecil. Sepanjang dua tahun lalu, Anugerah Artis Muda telah mencapai lebih 3,000 sekolah dan 700,000 pelajar. Sebagai syarikat yang menerajui kelestarian, kami ingin menawarkan ruang kepada bakat-bakat muda ini untuk menonjolkan kreativiti mereka sambil menyumbang kepada sesuatu yang bermakna. Dalam pada itu, kesedaran tentang pemeliharaan hutan dan hidupan liar adalah penting untuk masa depan yang lestari. Jadi, kita perlu mendedahkan anak-anak kita kepada topik ini, menyokong minat mereka, dan memberikan mereka ruang untuk menzahirkan kreativiti mereka. Dengan sokongan Kementerian Pendidikan, pelajar yang mengambil bahagian akan memperoleh markah bagi Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK) mereka. Berbekalkan kejayaan anugerah tahun ini dengan lebih 20,000 penyertaan, pelajar dan ibu bapa boleh menantikan edisi tahun depan”

Sepanjang program ini yang bermula pada bulan Jun lalu, para peserta telah dibimbing, diberikan inspirasi, dan dilengkapi dengan kemahiran kreatif melalui pelbagai teknik mewarna seperti adunan, percikan, garis besar, sapuan berus dan sebagainya, yang perlu diaplikasikan oleh mereka semasa pertandingan mewarna Anugerah Artis Muda, yang terdiri daripada TIGA topik kelestarian:

  1. Topik Pusingan 1 – Perbincangan mendalam tentang “Pemeliharaan Hidupan Liar”, di mana peserta 200 Teratas telah dipilih.
  2. Topik Pusingan Separuh Akhir – “Pemeliharaan Flora dan Fauna” memberi kesempatan kepada kanak-kanak untuk mempelajari jenis-jenis tumbuhan dan spesies yang menghadapi kepupusan, di mana peserta 80 Teratas telah dipilih.
  3. Topik Pusingan Akhir – Pada pusingan bertema “Pemeliharaan Hidupan Marin” ini, kanak-kanak bukan sahaja didedahkan kepada makhluk-makhluk yang hidup di bawah permukaan laut, malah berpeluang menyertai lawatan lapangan ke Aquaria KLCC bagi mencetuskan kreativiti serta rasa ingin tahu mereka.

10 pelajar terbaik bagi kedua-dua kategori umur telah menerima hadiah lumayan, termasuk wang tunai, trofi, hamper produk dan sijil penyertaan. Selain wang tunai bernilai RM2,000, produk Faber-Castell bernilai RM500, hadiah dan diskaun produk eksklusif, serta peluang untuk mempamerkan hasil karya seni mereka, kedua-dua Pemenang Utama turut berpeluang memperoleh pengalaman langsung tentang produk baharu Faber-Castell, pembelajaran berterusan serta peningkatan kemahiran melalui bengkel dan aktiviti pendidikan dalam program Anugerah Artis Muda yang bakal datang.

Panel tahun ini terdiri daripada empat hakim. Mereka adalah:

  • Profesor Ts. Dr. Ruslan Abdul Rahim, Rektor ASWARA Malaysia, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC)
  • Profesor Madya Ts. Dr. Muhammad Zaffwan Idris, Dekan Fakulti Seni, Pengkomputeran & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Penulis Buku Teks Pendidikan Seni Kurikulum Kebangsaan Malaysia (KSSM)
  • Mohd Zuriyadi Sarpin, Kurator Balai Seni Lukis Negara, Malaysia
  • Vincent Ng, Pereka Seni Faber-Castell Malaysia

Profesor Ts. Dr Ruslan Abdul Rahim, yang telah menyumbangkan perspektif unik dan kreatif beliau kepada peraduan ini, berkata

“Apa yang saya cari adalah bagaimana naratif visual disampaikan. Naratif visual yang bercambah daripada minda muda amat berimpak tinggi dengan mesej yang jelas. Para peserta menerapkan bukan sahaja apa yang mereka lihat dalam warna dan lukisan, namun paling penting, segala unsur yang saya panggil ‘ibu bumi’ ─ darat, laut dan udara, dan unsur-unsur alam sekitar yang kritikal. Kesedaran mereka terhadap alam sekitar sangat tinggi, dan ia telah diterjemahkan kepada karya seni mereka yang berjaya menonjolkan mesej itu.”

Apabila Kaden Yap Kai Tehn yang berusia 12 tahun dari SJK (C) Yuk Chai diumumkan sebagai Pemenang Utama Kategori B, ibunya berkongsi,

“Kami menyokong Kaden dengan bahan-bahan yang sesuai untuk dia meneroka dan menghasilkan karya seninya. Sepanjang perjalanan ini, dia berusaha dengan penuh kesungguhan dan tidak pernah berputus asa, tidak kira berapa kali dia perlu berlatih. Sebagai ibu bapanya, kami menggalakkan dan melatihnya dalam pengurusan masa. Hasilnya, dia lebih berdisiplin dan mampu menyelesaikan masalah secara kreatif. Pertandingan ini turut mendekatkannya dengan topik tentang hidupan liar, flora & fauna dan pemeliharaan hidupan marin. Didorong oleh kajiannya untuk pertandingan ini, dia kini seorang pencinta alam semula jadi.”

Peserta Anugerah Artis Muda kali kedua, Lee Hao Xuan dari SJK (C) Chio Min A telah dinobatkan sebagai Pemenang Utama Kategori A.

Katanya, “Tahun lepas, saya memenangi tempat ketiga dan tahun ini, saya telah berusaha lebih keras. Saya telah berlatih dengan gigih untuk pertandingan ini dengan lebih 20 lukisan. Saya menikmati keseluruhan proses meneroka pelbagai bahan dan teknik yang berbeza. Saya telah meminati seni sejak berumur empat tahun lagi, dan saya teruja kerana boleh menggunakan pengetahuan saya untuk sesuatu yang berunsurkan pendidikan dan bermakna.”

Cik Lee Ee Fern, Ketua Bahagian Seni di SJK (C) Choong Wen Kuala Lumpur, sangat gembira apabila pelajarnya menghantar lebih ratusan penyertaan, menjadikannya penyertaan tertinggi di Malaysia.

“Sekolah kami percaya bahawa pembelajaran melangkaui ruang lingkup aktiviti dalam bilik darjah dan peperiksaan. Justeru, kami menggalakkan pelajar kami menyertai Anugerah Seniman Muda. Mengajar seni bukan sekadar membimbing pelajar menjadi seniman, tetapi ia adalah satu perjalanan untuk mendidik kemahiran seperti kreativiti, kerjasama dan penyelesaian masalah. Tema tahun ini amat bermakna buat kami kerana kami telah menekankan kelestarian alam sekitar di sekolah kami selama ini,” katanya.

Untuk senarai penuh pemenang, layari https://youngartistaward.my/

Untuk maklumat lanjut tentang Faber-Castell, layari laman web rasminya di http://www.faber-castell.com.my/

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: