2023 MAK! WAWA NAK KELUARGA KITA SENANG!

Ibu kepada seorang cahaya mata yang berusia 30 tahun ini mempunyai sikap terpuji iaitu suka memberi meskipun beliau diuji dengan pelbagai masalah. Namun wanita genit yang memperoleh ijazah profesional ini tidak malu untuk memulakan sesuatu bermula dari peringkat bawah.

Menurut Wawa, demi membantu ibunya, beliau pernah membuka perniagaan jualan tudung di bawah jenamanya sendiri pada tahun 2015, namun perniagaan tersebut kurang mendapat sambutan. Kegagalan perniagaan tersebut tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memperbaiki diri.

Beliau berusaha menyertai pelbagai kursus dan program berkaitan perniagaan online. Dari situ beliau menceburi bidang dropship dan juga menjadi stokis untuk banyak produk-produk viral. Sekali lagi nasib tidak menyebelahi Wawa. Modal habis dikeluarkan untuk membeli dan mengejar produk-produk viral berkenaan dan akibatnya terjadi lambakan stok sehingga banyak yang tidak terjual.

Tahun 2017, menjadi titik permulaan bagi Wawa mengenali produk AINAA Beauty. Pengenalannya dengan seorang rakan kongsi AINAA Beauty telah merubah hidup Wawa. Bermula dengan ‘hanya mencuba’ dengan SATU jenis produk AINAA Beauty, kehidupannya mula berubah sedikit demi sedikit. Malah beliau yakin dengan hala tuju AINAA Beauty yang memang berbeza berbanding dengan matlamat syarikat-syarikat sedia ada.

Meskipun hanya memfokuskan pada SATU produk sahaja berbanding sebelum ini yang lebih tertarik kepada penjualan banyak produk, Wawa merasakan lebih kepuasan dan lebih tenang. Perlahan-lahan Wawa mengumpul tempahan daripada pelanggan terlebih dahulu. Masuk tahun kedua bersama Ainaa Beauty, Wawa dapat merasai peningkatan dalam usahanya. Beliau mempunyai syarikatnya sendiri dan dari seorang pekerja, beliau kini mempunyai lima orang pekerja yang membangun bersama-sama beliau yang digelar team #starwarrior. Kini, Wawa adalah salah seorang Usahawan AINAA Beauty yang berjaya!

Memasuki tahun 2023, tiada apa yang Wawa inginkan selain terus memberi dan berkongsi kesenangan bersama ibu tersayang dan adik-beradiknya.

Wawa juga ingin memberi dan berkongsi ilmu pengetahuan mengenai produk-produk Ainaa Beauty kepada orang ramai dan juga membantu mereka yang ingin mendapatkan bimbingan perniagaan daripada team #starwarrior.

Usahawan AINAA Beauty

Dengan permulaan modal sebanyak RM200, stokis agen AINAA Beauty boleh menjadi pengguna barangan kecantikan AINAA Beauty dan juga menjana pendapatan sendiri. Usahawan AINAA Beauty ini mendapat sokongan penuh daripada pengasas AINAA Beauty yang membantu dengan memberi pendedahan kepada sistem pengurusan yang sistematik dan memberi bimbingan mengenai hala tuju yang betul agar tidak lari dari matlamat AINAA Beauty yang ingin meningkatkan kesedaran mengenai sistem stokis yang betul.

10 usahawan AINAA Beauty ini rata-rata bermula sebagai stokis. Meskipun kebanyakannya masih muda namun mereka mempunyai semangat luar biasa untuk terus komited dalam perniagaan, mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang sentiasa bersedia membantu ahli-ahli AINAA Beauty yang memerlukan bantuan. Usahawan ini sudah bersama AINAA Beauty sejak enam tahun lalu dan kini mereka sudahpun menjana pendapatan yang tinggi.

Memang hebat-hebat 10 Usahawan AINAA Beauty ini!

Malaysia Baru Untuk Peluang Perniagaan Baru

Lebih kepada memberi tumpuan pada pembangunan Pengurusan Pasukan yang mana jenama AINAA Beauty akan membuat lebih banyak promosi-promosi mengguna plafom media sosial serta mempertingkatkan produktiviti syarikat.

Selain itu, jenama AINAA Beauty akan memberi tumpuan kepada newcomer yang ingin bergerak bersama jenama dengan memberi bimbingan kemahiran perniagaan yang betul, bukan hanya mementingkan pada keuntungan ataupun populariti sahaja. Berbekalkan mentaliti baharu ini, maka diharapkan dapat membuka mata orang ramai kepada pembangunan Malaysia Baru Untuk Peluang Perniagaan Baru.

Semoga Malaysia Baru Untuk Peluang Perniagaan Baru ini dapat membantu orang ramai di luar sana yang mempunyai minat berniaga, yang ingin meningkatkan lagi kemahiran serta ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: