AL-IKHSAN SPORTS LANCAR FESYEN PAKAIAN KANAK-KANAK JENAMA “MESSI”

Pelancaran pertama secara global ini menawarkan koleksi pakaian fesyen kanak-kanak termasuk kemeja-T, baju polo, seluar pendek, pakaian dalam, ‘hoodie’, dan seluar trek di Semenanjung Malaysia khusus bagi mereka yang berumur dua tahun hingga remaja. Koleksi ini boleh didapati di 30 cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports, Football Republic dan melalui laman web http://www.al-ikhsan.com mulai 6 Januari 2023.

Dalam meraikan momen yang bersejarah ini, En Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Ikhsan Sports berkata,

“Peluang untuk berganding dengan The MESSI Brand ini merupakan satu penghormatan. Semangat dan kesungguhan Messi sama ada di dalam padang atau di luar padang telah menjadi simbol bagaimana seseorang itu boleh bangkit dari kehidupan yang biasa kemudian muncul sebagai seorang pemain bola yang terulung dengan permainan yang cukup konsisten di peringkat antrabangsa. Al-Ikhsan Sports berharap produk ini akan menjadikan anak-anak lebih terinspirasi dengan ciri-ciri yang ada pada Lionel Messi seperti usaha keras, kejujuran dan nilai integriti yang tinggi”.

Al-Ikhsan Sports juga mempraktikan nilai kejujuran, integriti serta usaha keras. Oleh itu gandingan ini adalah sangat sesuai selaras dengan tujuan utama Al-Ikhsan Sports untuk menjadikan sukan mampu milik untuk semua, maka Al-Ikhsan Sports berhasrat untuk menjual keseluruhan koleksi ini bermula daripada hanya RM59 untuk baju-T leher bulat sehingga RM219 untuk ‘hoodie’ dan jaket. Hasrat Al-Ikhsan Sports adalah untuk memperbanyakkan kuantiti koleksi ini ke lebih banyak kedai dalam tempoh enam hingga lapan bulan akan datang agar kesemua 20 juta peminat bola sepak di seluruh Malaysia boleh mendapatkannya.

Encik Jan Van Den Berg, Ketua Pegawai Eksekutif, Vingino Netherlands memiliki hak global untuk pakaian fesyen kanak-kanak berlesen Messi turut hadir pada hari pelancaran:

“Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Al-Ikhsan Sports, peruncit sukan pelbagai jenama #1 di Malaysia. Al-Ikhsan Sports mempunyai bola sepak dalam DNA mereka dan saya yakin bahawa tiada peruncit sukan lain yang mampu bawa jenama MESSI ini dengan lebih baik. Kami mengharapkan kerjasama dan hubungan yang berkekalan dengan Al-Ikhsan Sports”.

Al-Ikhsan Sports adalah peruncit sukan pelbagai jenama #1 di Malaysia, peruncit bola sepak #1 di Asia Tenggara dan antara 10 peruncit Bola Sepak terbaik di seluruh dunia. Al-Ikhsan Sports mempunyai lebih daripada 175 kedai dikendalikan di seluruh Semenanjung Malaysia dan juga mempunyai Platform E-dagang sendiri iaitu http://www.al-ikhsan.com.

Ikuti Al-Ikhsan Sports di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan LinkedIn untuk maklumat lanjut.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: