TGV CINEMAS & SHARP MALAYSIA JALIN KERJASAMA TAWAR HIBURAN RUMAH TERBAIK

Majlis menandatangani MoU ini secara rasminya menandakan kerjasama PERTAMA seumpamanya dalam mencipta semula pengalaman hiburan yang dinaik taraf sepenuhnya di semua TGV Cinemas di seluruh negara.

Kerjasama unik antara TGV dan SHARP ini membawa bentuk hiburan yang tiada tandingan dari rumah ke skrin besar yang membawa kepada pengalaman pelanggan yang diperkayakan dan dipertingkatkan di semua pawagam TGV.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Encik Tan Lay Han, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas dan Encik Ting Yang Chung, Pengarah Urusan SHARP Malaysia.

“Di TGV, kami mengutamakan pengalaman pelanggan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan standard untuk pelanggan kami. Kami gembira dapat bekerjasama dengan SHARP yang berkongsi nilai yang sama seperti kami dalam memberikan pengalaman pelanggan terbaik dan menyediakan hiburan premium – di dalam dan di luar rumah,” kata Encik Tan Lay Han.

“Sebagai jenama yang prihatin dan sentiasa mempelbagaikan perkhidmatan untuk pengalaman yang lebih baik, kami berharap dapat mewujudkan persekitaran di pawagam yang terasa seperti di rumah sendiri untuk semua orang. Kami yakin ini dapat dicapai dengan produk SHARP di samping keselesaan yang disediakan oleh rakan kongsi berprestij kami, TGV, dan apabila kami mengembangkan dan membina hubungan yang lebih kukuh dengan pelanggan kami, kerjasama ini akan dapat memberikan rakyat Malaysia pengalaman hiburan yang tiada tandingan. Selain daripada kerjasama ini, kami juga mempunyai pelancaran global perdana SHARP AQUOS XLED TV yang menyediakan kualiti visual yang unggul untuk tontonan di rumah, kami gembira untuk menjadikan Malaysia sebagai negara ASEAN pertama untuk memperkenalkan inovasi ini bersama Consumer Electronic Show (CES) 2023 di Las Vegas,” kata Encik Ting Yang Chung.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini,

TGV:

  • Akan melancarkan barisan produk eksklusif SHARP di E-kedai mereka, di mana pelanggan berhak mendapat tiket filem percuma atas pembelian produk SHARP.
  • Ahli TGV Movie Club berpeluang untuk membawa pulang SHARP AQUOS 60″ TV, dengan pembelian minimum empat tiket wayang.

SHARP:

  • Akan memberikan sehingga 5,000 keping tiket wayang percuma selama setahun kepada individu yang mendaftar untuk keahlian Cocoro Life.
  • Akan menubuhkan kedai gaya hidup di TGV Central I-City.
  • Memperkayakan pengalaman foyer pawagam dengan TV LED SHARP, sound bars, dan pelbagai aktiviti.
  • Memasang pembersih udara di kawasan foyer TGV Cinemas untuk memastikan pelanggan dapat menikmati udara bersih dengan selesa seperti di rumah mereka.
  • Menganjurkan Tayangan Filem Eksklusif dengan Hadiah Percuma.

Dalam beberapa bulan akan datang, pelanggan yang mengunjungi TGV akan menjadi yang pertama menerima berita dan produk terkini oleh SHARP, bermula dengan produk SHARP yang akan dilancarkan tidak lama lagi, XLED TV yang akan dipamerkan di TGV Central i-City. Pelanggan TGV juga akan dapat menikmati pra-pesanan eksklusif dengan promosi tambahan dan hadiah percuma.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: