
Jenama pasir kucing premium yang terkenal dengan perlindungan maksimum terhadap bau dengan penggumpalan terbaik, Ever Clean rasa berbesar hati dapat menyokong misi PAWS untuk mencari kediaman kekal bagi haiwan jalanan, terbiar dan diabaikan.
PAWS adalah sebuah pusat perlindungan haiwan bukan berasaskan keuntungan yang telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1987 dan membantu haiwan-haiwan yang memerlukan pertolongan dengan menyediakan tempat perlindungan, vaksinasi, memberikan ubat cacing, pemandulan dan pendidikan umum.
“Membantu kucing berkembang dalam persekitaran yang sihat merupakan tumpuan jenama kami. Sehubungan itu, kami amat teruja untuk membuat perubahan dalam kehidupan kucing-kucing ini melalui sumbangan Ever Clean Lightly-Scented Multiple Cat,” kata Monique Gonzales, Ketua Pemasaran Asia Tenggara The Clorox Company.

Diperbuat daripada campuran premium mineral dan tanah liat tulen serta semulajadi, yang memberikan kuasa penggumpalan maksimum, Ever Clean menghalang sisa cecair kucing daripada mencecah bahagian bawah kotak pasir di mana ia boleh terurai dan menghasilkan bau.
“Ever Clean menawarkan pembersihan yang mudah. Dengan sedikit usaha yang diperlukan untuk pembersihan akan memberikan lebih masa kepada pasukan PAWS untuk menumpu keperluan haiwan-haiwan lain yang mendesak,” ujar Monique.
Buat masa kini, jumlah haiwan yang berada di bawah PAWS telah mengalami peningkatan.
“Pada masa ini terdapat 263 kucing di pusat perlindungan kami; 80 kucing dewasa dan 183 anak kucing, dan sumbangan Ever Clean dianggarkan mampu bertahan selama 2 hingga 3 bulan. Sumbangan pasir kucing seperti ini sangat membantu kami memenuhi misi kami dalam membantu haiwan-haiwan yang memerlukan serta memperkayakan kehidupan haiwan peliharaan dan orang ramai. Kami amat menghargai Ever Clean atas sumbangan yang ikhlas ini dan menggalakkan agar lebih banyak syarikat mengambil bahagian dan menyokong kami dalam sebarang cara yang mungkin. Kami percaya bahawa dengan bekerjasama, kita boleh membuat perubahan dalam kehidupan haiwan-haiwan ini, dan membantu mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk mereka,” kata Edward Lim, Pengurus Pusat Perlindungan PAWS.
PAWS kini sedang mengusahakan kempen mengumpul dana dengan tujuan untuk membina pusat perlindungan baharu dan stesen kuarantin yang berkhidmat kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Layari laman paws.org.my bagi butiran lanjut bagaimana anda boleh mengambil haiwan angkat atau menghulurkan bantuan kepada pusat perlindungan PAWS.
Ever Clean boleh didapati di kedai khusus haiwan peliharaan dan klinik veterinari terpilih di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai ketersediaan Ever Clean, sila hubungi Progenesis Group Sdn Bhd.
Leave a Reply