REPLIKA ARNAB TERBESAR DI MALAYSIA TERSERGAM GAH DI SURIA KLCC

Replika arnab yang tersergam indah di perkarangan KLCC Esplanade menampilkan Nugget Emas “Yuan Bao” dengan diiringi oleh 11 Zodiak Cina yang lain. Warna emas yang menyelaputi replika arnab pula melambangkan “prosperity” serta “good luck”.

“Arnab dalam Zodiak Cina juga melambangkan kewaspadaan, maruah, kecerdasan cepat dan kesuburan. Untuk menghormati haiwan yang anggun ini dan kebaikan yang diwakilinya, kami memperingati Tahun Arnab dengan cara yang hebat untuk pengunjung menikmati suasana perayaan kali ini. Kami amat berbangga melihat satu lagi rekod baharu dicipta oleh Suria KLCC pada tahun ini kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Berukuran setinggi 7.5 m dan menampilkan pepohon sakura serta bunga “peony” yang disusun indah untuk membangkitkan semangat musim perayaan, replika terbesar itu akan dipaparkan untuk tatapan pengunjung sehingga 5 Februari.

Untuk info lanjut, layari www.suriaklcc.com.my serta www.facebook.com/SuriaKLCCMall.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: