DEKORASI TANGLUNG DAN FLORA SERIKAN SPRITZER ECOPARK

Spritzer menggunakan air botol secara kreatif dengan tujuan tarikan baharu.

Salah satu tarikan ialah pokok setinggi 28 kaki yang menakjubkan, dihasilkan daripada beribu-ribu air botol Spritzer kitar semula bersama bunga peoni merah jambu dan merah. Pengunjung boleh datang melawat di tapak hiasan sehingga 5 Februari 2023, termasuk hari cuti Tahun Baru Cina. Tarian singa pula akan diadakan pada 26 Januari 2023 sebagai simbolik untuk membawa tuah.

Mereka yang datang ke sini boleh mengabadikan detik-detik kenangan bersama-sama ahli keluarga dan kawan-kawan sambil berjalan-jalan dalam terowong cantik yang dipenuhi dengan hiasan bunga dan air botol kitar semula, rumah dome yang meriah dan gazebo yang menarik dan dihiasi oleh flora, tanglung merah dan juga air botol Spritzer.

Kemasukan adalah percuma namun pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM10 di kedai cenderamata dan kedai air akan menerima paket angpow Spritzer secara percuma. Simpankan resit pembelian produk air Spritzer untuk menyertai pertandingan atas talian “The SYOK Goes On With Spritzer” untuk peluang memenangi jongkong emas yang berjumlah RM100,000 dan hadiah SYOK yang lain.

Syarikat sentiasa berusaha untuk merangkumi aspek kemampanan untuk mengamalkan kitar semula, dan turut menggalakkan semua untuk mengamalkan amalan baik kitar semula dalam kehidupan harian anda.

Akhirnya Spritzer ingin sekali lagi mengalu-alukan para pengunjung datang dan meriah di Spritzer EcoPark pada cuti Tahun Baru Cina Arnab yang akan datang ini!

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: