Sebanyak LIMA syarikat e-dompet terkemuka bekerjasama dengan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) iaitu:

- Maybank ewallet
- Atome
- Zapp
- Mcash
- Boost

Kempen e-dompet “ONGnya MYDIN” ini diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), YB Teo Nie Ching di MYDIN Subang Jaya, Selangor pada 16 Januari 2023 lalu.

MYDIN menawarkan penjimatan dengan promosi barangan asas pada harga yang istimewa sepanjang kempen berlangsung sehingga 5 Februari nanti. 88 pelanggan bertuah yang berbelanja sebanyak RM188 dan ke atas dalam SATU resit berpeluang memenangi baucar tunai MYDIN bernilai RM80.
Pelanggan yang mendaftar keahlian baru atau memperbaharui kad keahlian Meriah juga berpeluang mendapat sekotak limau mandarin secara PERCUMA yang bernilai RM15.89 sekotak.
Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin:

“Jumlah transaksi penggunaan e-dompet di MYDIN merekodkan lebih RM30juta sepanjang tempoh tiga tahun ini dengan jumlah 300ribu transaksi mengguna rakan strategik e-dompet kami.
Justeru itu, kami merangka pelbagai promosi dan tawaran hebat kepada masyarakat bagi meningkatkan jimlah transaksi tersebut dengan jangkaan kenaikan sebanyak 20 peratus bagi tahun 2023. MYDIN juga menggalakkan penggunaan platform e-dompet ketika berbelanja yang lebih mudah, selamat dan menawarkan pelbagai rebat serta ganjaran hebat kepada pengguna”.
Bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik, MYDIN melalui inisiatif MYDIN Prihatin juga turut menyumbang barangan dapur kepada 120 keluarga berbangsa Cina bagi menyediakan kelengkapan sambutan peryaan keluarga mereka.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan layari laman sesawang MYDIN di www.mydin.my dan media sosial MYDIN.
Leave a Reply