KANDORAI PUPUK SEMANGAT PERPADUAN MELALUI “DRUMS OF UNITY”

KANDORA! memulakan tahun baru 2023 dengan mengajak orang ramai dari seluruh pelusuk Malaysia untuk bersatu melalui ‘drumming’.

KANDORA bermaksud satu pergerakan perpaduan dengan bermain drum. Dengan slogan “Drums of Unity”, KANDORA percaya perpaduan dapat dipupuk melalui kuasa irama muzik drum yang dimainkan oleh orang ramai pada satu masa yang sama.

KANDORA! telah berjaya mengumpulkan sebanyak 2,300 penyertaan dan seramai 862 peserta telah hadir untuk bermain drum dengan hanya mengguna baldi serta senduk yang telah disediakan di pusat membeli-belah AEON Midtown Falim pada 21hb Januari 2023 yang lalu.

Dan yang menariknya, acara yang merupakan jelajah finale telah berjaya direkodkan di dalam ‘Malaysian Book of Records’ sebagai satu acara perpaduan rakyat Malaysia melalui permainan drum baldi beramai-ramai tanpa mengira bangsa serta umur.

Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” ini bertujuan menyerlahkan nilai dan mesej yang terkandung dalam lirik cerita rakyat bagi membangkitkan rasa perpaduan di kalangan penonton Malaysia. Semasa persembahan drum berlangsung, drum-drum baldi telah disusun di sekeliling kawasan persembahan untuk dimainkan oleh penonton yang hadir dengan diiringi muzik band dan fasilitator drum. Bukan itu sahaja, melalui persembahan ini juga, KANDORA! ingin menyebarkan mesej perpaduan “Hormat dan Harmoni” di mana penonton yang hadir dapat berkumpul untuk merasai pengalaman bermain drum secara harmoni sebagai satu Malaysia tanpa mengira umur, jantina dan bangsa.

KANDORA! menyokong SDG 16 : Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial yang memberi tumpuan kepada pembentukan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat.

Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” terdiri daripada TIGA komponen:

  • kerjasama kolaboratif dan program-program yang membentuk keupayaan untuk menyokong komuniti B40 dan terpinggir melalui pengedaran “Abundance Bags” kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak
  • meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana untuk komuniti seni persembahan tempatan yang telah terjejas dek pandemik Covid-19 melalui jualan barangan KANDORA!
  • semangat untuk berkongsi kegembiraan dan kemakmuran sempena Tahun Baru Cina, KANDORA! telah memberikan hadiah-hadiah menarik seperti iPad, ‘earbuds’ Huawei, jam tangan pintar dan banyak lagi kepada peserta-peserta bertuah!

Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” ini disokong oleh ArtsFas, Yayasan Hasanah, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), dan Majlis Belia India Malaysia Buntong (MIYC) dan AEON Big merupakan rakan kongsi utama dengan menyediakan tempat dan menaja baldi dan senduk. Akhir sekali, Penaja seperti Peaches N Pen, NIT Printing, Thinker Creative, Soul Mechanics, Rex Network Resources, Edsense, MENE Consulting dan Rosemary Floral and Gifts.

Ribuan terima kasih kepada para jemputan kehormat yang sudi hadir diantaranya adalah Yang Berhormat Mohd Azlan Helmi bin Helmi (Exco Komunikasi, Multimedia & NGO), Yang Berhormat Puan Thulsi Manogaran (ADUN Buntong), Yang Berbahagia Datuk Hariri (wakil Datuk Bandar Ipoh), Puan Nurmalis Musa (CEO Tourism Perak), Tuan Meor Rezal Fitri Dato’ Dr. Hj. Meor Redwan (CEO Digital Perak), Tuan Khuswindera Singh (Ketua Cawangan Majlis Belia India Buntong), Dr.Kasuma Satria Mat Jadi (AEON-Ketua Pegawai Sumber Manusia & Pengarah Komunikasi Korporat), Encik Wan Adli, Co-founder Kandora! Kantan Drum Circle, Tan Teck Yin (President JCI Kinta).

Terima kasih juga pada syarikat-syarikat yang menyokong antaranya ARTSFAS, Yayasan Hasanah, Kementerian Kewangan Malaysia, Majlis \bandaraya Ipoh,Malaysia Indian Youth Council, JCI Kinta serta Malaysia Book of Records. Juga pada AEON Big sebagai rakan kerjasama.

Sekalung budi kepada mereka-mereka yang terlibat menjayakan “Drum of Unity” ini seperti:

  • Smart Kids Community
  • Puan Rajeswary
  • Thilaga
  • Dr Puvanes
  • Ramayee
  • Dr. Vatsala
  • Parimala
  • Dr. Uma
  • Vasantha
  • Joyful Children’s Home
  • Praise Children’s Home
  • Salvation Army Boys Home
  • Salvation Army Girls Home
  • Rainbow Children’s Home
  • The Shepard Boys Home
  • Ceylonese Association
  • Puan Jegathambikai Chelliah
  • Encik Devan Arthilalingam
  • Encik Sabapathy Pillay

(“Hormat and Harmoni is a unity message that brings audience together to experience drumming in harmony as ONE Malaysia regardless of age, gender, and race. We are building a community of percussion enthusiasts to preserve and popularize local folklore songs through interactive drum circle in a congregation)-Zufar Adzahan, Co-founder of KANDORA!

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai berita terkini KANDORA!, sila log masuk ke halaman Facebook Rasmi KANDORA!, https://www.facebook.com/kandoramalaysiahttps://www.facebook.com/kandoramalaysia atau layari laman Instagram Rasmi Kandora! di www. instagram.com/kantandrumcircle.

“Perpaduan adalah kekuatan… bila ada kerjasama dan kolaborasi, banyak perkara indah dapat dicapai. ”

Layari:

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: