Penerbitan Kisah-kisah 25 Rasul ini dilakukan berdasar rujukan utama Kitab Qisas Al Anbiya’ karya Ibnu Katsir.

Nurflix bekerjasama dengan ATA Animation, sebuah penerbit animasi dari Mesir yang melakukan suntingan bagi menambah baik dan melakukan proses alih bahasa.

Pembangunan katalog dan penerbitan filem dan siri animasi 3D pula mengguna teknologi Unreal Engine serta Virtual Actor (Pelakon maya). Pembinaan dan penciptaan watak pelakon maya diusahakan sepenuhnya oleh pasukan animasi Nurflix sendiri.
Rawi Al Hakim yang merupakan watak pelakon maya dan juga penyampai cerita serta pengembara yang dicipta bagi menyampaikan kisah-kisah dari dalam kitab Qisas Al Anbiya.
Sebanyak 13 episod bagi musim pertama The Journey of Humankind diterbitkan mengguna Bahasa Melayu agar dapat memenuhi kehendak pasaran Malaysia. Ia juga dapat memberi kefahaman jalan cerita yang jelas serta sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur.
The Journey of Humankind ini akan memaparkan secara menyeluruh kisah ketamadunan manusia sejak bermula penciptaan Nabi Adam a.s berdasarkan rujukan daripada AlQuran, Hadith dan sumber-sumber Islam yang sahih.
Menyingkap tirai 2023, Nurflix bakal memupuk komuniti yang menyokong dan memperkuatkan pencapaian misi ini.

“Kisah-kisah ini disampaikan daripada Allah SWT Kepada Rasulullah SAW telah ditafsir oleh ulama sejak ribuan tahun dulu, jadi kami fokuskan penyampaian kepada generasi hari ini dengan pendekatan terkini. Sasaran kami adalah untuk menyampaikan seluruh penceritaan didalam animasi 3D yang menggunakan teknologi terkini,”kata Syah Mohamed, CEO NURFLIX
Peraduan Kuiz Terkumpul

Pihak Nurflix bekerjasama dengan Syarikat Simply Umrah untuk menaja peraduan kuiz sepanjang 13 minggu tayangan siri animasi Nabi Musa a.s Kalimullah. Tiga pelanggan yang berjaya menjawab kuiz yang disediakan di setiap episod secara terkumpul akan memenangi Hadiah Utama berupa pakej Umrah manakal pemenang mingguan akan menerima hadiah berupa mini golbar tajaan KABGold Sdn Bhd dan Al-Quran edisi Al Ghufran tajaan Telaga Biru Sdn Bhd serta set buku Kembara Mashsyar tajaan Mahsyar Group.
Tadabbur
“Sekurang-kurangnya terdapat 5 surah yang terdapat didalam siri ini dan ianya dapat membantu proses tadabbur kepada penonton”-Ustaz Raja Ahmad Mukhlis, Pengarah Kandungan Nurflix
Setiap babak bacaan dan terjemahan AlQuran akan dipaparkan sebagai rujukan amat bermanfaat untuk tontonan sekeluarga.
Inisiatif Nurflix

Sejak pelancaran pada Julai 2020, Nurflix kekal komited untuk mencapai visi penubuhan iaitu menjadi pusat bagi kandungan ilmu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hiburan sopan. Nurflix turut mewujudkan katalog-katalog penting untuk tontonan masyarakat Muslim di Malaysia selain katalog filem, drama dan hiburan sepeti platform streaming yang lain.
Nurflix telah membuat lawatan bagi mewujudkan kerjasama pembangunan katalog dan kandungan dengan syarikat-syarikat penerbitan dari Mesir, Turki, Arab Saudi dan Indonesia. Lebih 100 tajuk dan lebih 3,000 sedang dan akan ditayangkan di platform Nurflix sepanjang tahun 2023.
Selain itu, Nurflix juga bekerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Institut Teknologi Mara dan Universiti Putra Malaysia bagi penerbitan koleksi penyelidikan ilmiah.
Leave a Reply