KUTIPAN DANA “SOLIDARITI UNTUK ISKANDAR SPRING”

Menyedari keadaan Iskandar yang sudah hilang daya upaya kerja malahan tiada sumber mata pencarian, dua sahabat baik beliau iaitu Ameng Spring dan Umarul Iklim telah mengusulkan masalah yang dihadapi oleh Iskandar kepada Persatuan KARYAWAN Malaysia, seterusnya merangka jelajah amal ini ke seluruh negara.

“Setelah memikirkan beberapa kaedah bagi membantu masalah yang dihadapi oleh saudara Iskandar , kami memutuskan untuk menganjurkan program jelajah ke seluruh negara dan mengadakan persembahan dalam bentuk “ busking “ bagi mengutip dana untuk membiayai derita yang ditanggung oleh saudara Iskandar yang sudah setahun terlantar “ Ujar Dato Freddie Fernandez membuka perbualan.

Memandangkan keperluan biaya beliau agak besar iaitu sekitar RM40,000 bagi menampung kos perubatan dan perbelanjaan sepanjang tahun (Purata kos bulanan ialah RM3,000), modul persembahan ringkas ini adalah jalan paling ekonomi dari segi modal penganjurannya dan boleh mencapai matlamat yang dirangka.

TIGA lokasi utama sudah disusun iaitu di lokasi Santai Seni@ TAR ( Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur ) , Padang Kota , Pulau Pinang dan Terengganu Drawbridge, Kuala Terengganu serta bakal diteruskan dibeberapa lokasi lain seperti Ipoh, Kota Bharu dan lain-lain tempat pada tarikh yang bakal ditentukan kelak.

Sebagai sepak mula, KARYAWAN dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah merangka sebaik mungkin siri pertama jelajah ini di lokasi Jalan Tunku Abdul Rahman bersempena dengan program mingguan Santai Seni@TAR ( Berhadapan KAMDAR ) pada 29 Januari 2023, iaitu hari Ahad, bermula jam 2.30 sehingga 6.30 petang .

Siri pertama ini turut menampilkan barisan penghibur terkenal dan berprestij iaitu Ameng Spring , Umarul Iklim, Syafiq Farhain, Alim Kris, Maman Teachers Pet, Bob Sentuhan, Mus Kemala, Belle Fattah, Iss Arffan, Black Maria, Islah & The People dan Radhi Khalid selaku MC.

Mekanisme kutipan sumbangan adalah melalui jualan amal beberapa produk seni, CD agama, tabung potter , QR Code dan juga secara dalam talian dimana sepanjang persembahan ini diadakan, ia turut disiarkan secara langsung.

Di majlis sidang media yang diadakan pad 26 Januari lalu, tabung Solidariti ini telah menerima sumbangan dari Qew Communications Sdn Bhd dan Meta Music Xtreme (Label Muzik Maman Teachers Pet)

Turut hadir adalah beberapa rakan strategik yang merupakan penganjur dilokasi seterusnya iaitu:

Pulau Pinang

  • Ybrs Mohd Faruk B. Abdul Rahman ( Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang )
  • Tuan Isma Azad ( Panca Abadi Automobil )
  • Wakil Sis Lawa.Co

Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia
-Aizad Azman Pengerusi Persatuan Sahabat penghibur jalanan Malaysia

Terengganu Buskers Associations

  • Mohd Fazli A. Rahman Setiausaha Agung Terengganu Buskers Associations
  • Wakil dari MAP Music , Green Dome, Meta Music Xtreme, Mummylova

Oleh itu, kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk turut menjayakan setiap persembahan yang akan diadakan oleh barisan artis dan pemuzik berprestij tanahair dengan menyumbang seikhlas hati sebagai solidariti membantu saudara Iskandar.

Anda juga boleh menyumbang terus ke tabung melalui butiran berikut:

  • No. Akaun : 3108024130 (Public Bank)
  • Nama Akaun: Persatuan Karyawan Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi secara terus talian 0147176276 (Ahmad)

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: