SUBANG PARADE SAMBUT TAHUN BARU CINA BERSAMA DUA RUMAH ANAK YATIM

Program yang diadakan di West End Concourse, diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1, Encik Chia Yew Ken. Dihoskan oleh pengurusan Subang Parade, acara ini diketuai oleh Pengurus Besar Kanan Encik Nubly Zainuham Ambotang dan dihadiri oleh pegawai dari Hektar REIT.

Sebagai permulaan acara, kanak-kanak dihiburkan dengan maskot dan kemudiannya dijamu dengan makan tengah hari di McDonald’s, di mana kemeriahan perayaan benar-benar memuncak apabila tetamu jemputan, kakitangan Hektar REIT dan kanak-kanak berkumpul bersama sambil menikmati hidangan kegemaran mereka. Angpow yang diberikan sangat menggembirakan kanak-kanak ini, manakala Kotak Berkat dan cek disampaikan kepada wakil Persatuan Rumah K.I.D.S dan Rumah Charis. Selepas makan tengah hari, kanak-kanak diberi kejutan dengan tayangan filem “Puss in Boots” di Golden Screen Cinemas (GSC) yang terletak di tingkat satu di pusat beli-belah itu. Dewan tematik yang unik telah dikhaskan untuk kanak-kanak ini oleh GSC.

Pengurus Besar Kanan Subang Parade, Encik Nubly Zainuham bin Ambotang, yang mengucapkan selamat Tahun Arnab yang sihat dan bahagia kepada semua, berkata,

“Ketika kita semua sibuk dalam musim perayaan ini untuk bertemu dengan keluarga dan rakan-rakan, jangan lupa mereka yang memerlukan sedikit kasih sayang dan kebaikan dari kita semua. Kami gembira walaupun hanya untuk beberapa jam, dapat mengukir senyuman di wajah anak-anak dan semoga memberi mereka satu hari untuk diingati.”

Ahli majlis MBSJ merangkap pengerusi MPP Zon 1, Encik Chia Yew Ken berkata,

“Setiap perkara penting, termasuk memberi kanak-kanak persekitaran yang selamat dan sihat untuk membesar dan matang menjadi orang dewasa yang menyesuaikan diri dengan baik. Adalah amat penting bahawa kanak-kanak dibesarkan dalam suasana yang berasaskan keluarga, kerana ini membantu dalam memastikan kesejahteraan mereka. Inilah yang diusahakan oleh Persatuan Rumah K.I.D.S dan Rumah Charis”.

En. Chia juga menyatakan bahawa menurut OrphanCare, sebuah NGO, terdapat kira-kira 64,000 kanak-kanak yang tinggal di institusi penjagaan kanak-kanak berdaftar dan tidak berdaftar di kedua-dua rumah anak yatim kerajaan dan swasta.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.HektarREIT.com

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: