Dalam era di mana kesedaran mengenai kesihatan semakin meningkat, kolaborasi antara Bunny-U dan PONEY juga menyasarkan untuk memperkenalkan pilihan makanan dan minuman sihat khas untuk kanak-kanak, di samping menggalakkan si kecil mempunyai sifat ingin tahu dan mahu meneroka dunia di sekeliling mereka.

Dijual pada harga RM130 (R.P RM260), kotak hadiah Little Explorer melengkapkan kanak-kanak dengan barangan keperluan yang diperlukan untuk memulakan pengembaraan mereka iaitu:
- beg galas 1992 Logo Red Classic PONEY
- 3 produk Bunny-U iaitu Honeybunch Fruity Crunch Cereal (90g), Oh!mega Seeds Peanut Butter Duo (100g x 2 bottles) dan Caramel Superseed Kiddy Pop!corn (50g)
- pek pelekat Bunny-U

“Kolaborasi “Little Explorer” Bunny-U dengan PONEY terhasil daripada misi yang dikongsi bersama iaitu menyediakan produk berkualiti tinggi untuk kanak-kanak yang tiada tandingannya. Sebagai jenama yang mementingkan kesihatan tubuh dan mental, kami menjadikannya sebagai tanggungjawab kami untuk menghasilkan produk makanan dan minuman untuk kanak-kanak yang tidak mengandungi sebarang bahan-bahan yang berbahaya atau pakaian dan aksesori yang dapat bertahan dengan gaya hidup aktif kanak-kanak. Kerjasama ini melambangkan komitmen berterusan kami dalam menyediakan produk yang lebih baik untuk keluarga dan menyokong perniagaan tempatan,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Signature Market, Edwin Wang.
Majlis kolaborasi ini juga menyaksikan kanak-kanak yang hadir berpeluang melakukan siri jelajah untuk mengasah bakat dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Memang seronok!

Dilancarkan pada September 2021, Bunny-U yang merupakan gergasi FMCG kesihatan Malaysia adalah usaha pertama Signature Market ke dalam pasaran makanan dan minuman sihat-mesra kanak-kanak, yang menampilkan produk-produk dioptimumkan untuk kanak-kanak berusia 3 tahun dan ke atas.

Selepas melihat terdapat banyak produk kanak-kanak di pasaran yang boleh dikatakan kurang berkhasiat, pengasas bersama Signature Market Edwin Wang dan John Cheng menyedari bahawa jika mereka boleh menghasilkan produk sihat untuk orang dewasa, mengapa perkara yang sama tidak boleh dilakukan untuk kanak-kanak?
Produk-produk Bunny-U diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi yang kaya dengan nutrien dan tidak mengandungi sebarang pengawet dan pewarna tiruan, memenuhi standard pemakanan untuk kanak-kanak yang diguna pakai di negara-negara seperti AS, Australia, UK dan China. Namun nilai pemakanan bukan satu-satunya tumpuan bagi jenama kesihatan itu. Bunny-U turut mengeluarkan produknya di kilang yang berasingan bagi memenuhi prosedur keselamatan makanan yang ketat untuk memastikan semua produk diuji dan disahkan selamat di makmal.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kolaborasi antara Bunny-U dan PONEY, sila kunjungi Signature Market di Instagram, Facebook, YouTube atau laman sesawangnya.
Leave a Reply