AL-JAWAHER PERTARUH SINGLE TERBAHARU

Masihkah ada yang mengingati kumpulan nasyid ini?

BRING ME CLOSE TO YOU

Setelah lama menyepi di persada dunia muzik di Malaysia, kini buat julung kalinya Al-Jawaher mempertaruhkan single terbaharu mereka dalam Bahasa Inggeris dan Arab.

Satu sidang media Pelancaran Single dan Video Musik “Bring Me Close To You” telah diadakan pada 7 Februari lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Ia dihadiri oleh Presiden Jamiyah Singapura, Profesor (Adjung) Datuk Dr Mohd Hasbi Abu Bakar dan tetamu terhormat, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Yang Dipertua Negeri Melaka.

Single BRING ME CLOSE TO YOU hasil nukilan sepenuhnya oleh Yazri Malik ini juga bakal dilancarkan pada Israk Mikraj. Yazri Malik bukan calang-calang orangnya kerana beliau adalah pengggubah pelbagai lagu buat bakat-bakat baharu di Singapura.

BRING ME CLOSE TO YOU boleh didengarkan di semua pelantar penstriman digital mulai 17 Februari pada pukul 12 tengah malam manakala video muzik BRING ME CLOSE TO YOU boleh ditonton di saluran YouTube Impact Music pada hari yang sama.

Bagi peminat nasyid, nama Al-Jawaher bukanlah suatu nama yang asing. Ditubuhkan pada tahun 1979, Al-Jawaher dikenali ramai dengan lagu-lagu malar segar seperti Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda, Kembara Di Tanah Gersang, Selawat dan Salam, serta banyak lagi.

Setelah 44 tahun lamanya berkecimpung dalam industri muzik, ini adalah percubaan Al-Jawaher untuk meneroka dan menembusi pasaran muzik antarabangsa sekaligus diharapkan dapat mengubah persepsi masyarakat antarabangsa tentang Islam.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: