HOSPITAL ISLAM AZ-ZAHRAH RAI ULANG TAHUN KE-25.TAHNIAH

Satu majlis telah diadakan di Hotel Tenera Bangi pada 7 Februari lalu untuk meraikan dan mengucapkan sekalung penghargaan serta terima kasih kepada semua pemegang taruh seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah dan Negeri Selangor, agnesi-agensi kerajaan seperti Bomba, Polis, Majlis Perbandaran Kajang, pemimpin komuniti, syarikat korporat, hospital kerajaan dan swasta, klinik, rakan pembekal, wakil media dan pesakit-pesakit di atas sokongan sepanjang tempoh 25 tahun.

Diadakan buat julung kalinya, ia dihadiri oleh Ali Karimi Abdul Rahman, Pengurus Besar Hospital Az-Zahrah. Selain itu,ia juga dihadiri oleh syarikat bersekutu dan anak syarikat di bawah Hospital Islam Az-Zahrah iaitu Studio Kembara yang menghasilkan filem blockbuster Mat Kilau.

Dalam majlis itu juga, satu aktiviti cabutan bertuah diadakan untuk tetamu yang hadir dan hadiah-hadiah berupa pakej pemeriksaan kesihatan, barangan elektronik dan sebagainya diberikan kepada yang terpilih.

Selain itu, saringan pemeriksaan kesihatan percuma turut ditawarkan kepada tetamu yang hadir.

Berkonsepkan “Hospital Mesra Ibadah”, Hospital Islam Az-Zahrah akan terus memfokuskan kepada rawatan mesra kepada pesakit melaksanakan ibadah walaupun ketika ditimpa ujian.

Bermula dengan hanya menyediakan perkhidmatan kepakaran Perbidanan dan Sakit Puan, serta klinik pesakit luar, kini Hospital Islam Az-Zahrah menawarkan perkhidmatan kepakaran multidisplin dengan mengekalkan harga berpatutan dan kompetitif. Berasaskan motto ” Dengan Keprihatinan, Kami Merawat Pesakit”, Hospital Islam Az-Zahrah terdiri daripada barisan doktor-doktor pakar yang bertauliah serta pasukan yang berwibawa.

Hospital Islam Az-Zahrah dan kumpulan syarikatnya seperti Megaklinik Zahran, Pusat Dialisis Bangi telah memberi khidmat kesihatan secara langsung dan tidak langsung kepada jutaan pesakit sejak 25 tahun penubuhan dan akan terus melebarkan sayap perkhidmatan.

Kini, Hospital Az-Zahrah di dalam perangkaan untuk mengembangkan rangkaian hospital ke 12 cawangan di seluruh negara menjelang tahun 2035 di mana 5 cawangan hospital dan 2 pusat Ambulatori telah tersedia di dalam fasa rancangan 5 tahun.

“Kami percaya model perniagaan Hospital Islam Az-Zahrah telah matang untuk dikembangkan” kata Pengarah Urusan Hospital Islam Az-Zahrah, Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali.

Cawangan ke-dua di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras sedang dalam proses hampir siap setelah 10 tahun menanti persiapannya. Ia bakal dibuka dan dilancarkan pada tahun 2023 ini. Cawangan seterusnya akan dibuka di Shah Alam, Ayer Keroh, Melaka, Kedah dan Kuantan, Pahang.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: