PRODUK KECANTIKAN MADERM UNTUK SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT

Melalui hubungan kerjasama itu, kedua-dua pihak dapat saling berkongsi idea-idea baharu dari segi mempromosikan jenama produk kecantikan (MADERM) yang lebih berkesan, berkualiti tinggi, selamat dan lebih menjimatkan sesuai kehendak dan segenap lapisan masyarakat.

Ini disebabkan produk kosmetik atau kecantikan merupakan satu contoh terbaik industri tempatan yang semakin berkembang pesat di Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Trend ke arah jenama dan produk tempatan terus berkembang pesat dan ini adalah sesuatu yang membanggakan negara. Pengguna lebih memilih untuk menggunakan produk tempatan kerana didorong oleh peningkatan konsep dan kualiti yang dilihat semakin baik, selain harganya yang agak berpatutan.

Meskipun selalu menghadapi cabaran hebat daripada pelbagai jenama dan produk antarabangsa, jenama MADERM mampu dapat menunjukkan perkembangan positif yang menjanjikan melalui kualiti dan harga kompetitif serta bertujuan membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang ramai dan peluang menjana pendapatan bagi menampung kebajikan persatuan-persatuan seni dan budaya yang berteraskan kebajikan.

Bagaimanapun, usaha tersebut harus dilipatgandakan lebih-lebih lagi di era sekarang yang segala-galanya terdapat di hujung jari.

“Dalam produk kami mendepani perkembangan ini, sokongan daripada pasaran digital termasuk penggunaan media sosial merupakan satu inisiatif positif bagi menyokong perkembangan perusahaan kosmetik tempatan seperti MADERM. Untuk itu, kami sangat memberi peluang kepada pemasaran dalam talian (tiktoker) perlu terlibat dengan lebih aktif bagaimana untuk membantu perkembangan barangan tempatan, terutamanya produk kecantikan untuk bersaing dengan produk berskala antarabangsa” kata Mohd Zaifansuri Mohd Yusoff, Pengarah Urusan ZS Cahaya Sdn Bhd.

Dalam hal ini, untuk memikat hati pelanggan dengan produk MADERM, terdapat beberapa perkara, seperti:

  • Sebagai jenama tempatan, ia ditampilkan dengan penuh kebanggaan serta kualiti produk yang tidak kalah dengan jenama-jenama lain yang ada di pasaran.
  • Untuk itu, pemilik produk Zed Zaidi telah membuat kajian terperinci untuk mengetahui arah aliran semasa perbualan masyarakat dalam membuat strategi komunikasi yang relevan bagi produk MADERM yang mendapat perhatian ramai.
  • Selain terus mengekalkan MADERM yang memenuhi minat dan keperluan masyarakat, jenama ini juga terus memperluas jangkauan jenama yang ada dengan menggunakan teknologi terkini.

Ringkasnya, dengan ekuiti jenama yang positif, pelanggan bersedia membayar dengan harga yang berpatutan.

Produk kecantikan MADERM diperkenalkan dan dirasmikan sewaktu Majlis Apresiasi 2023 ZS Cahaya Sdn Bhd yang diadakan di MAEPS Serdang pada 9 Februari lalu.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Dato’ Mohd Yusof Mohd Haslam, Pengarah dan Penerbit Filem.

Dalam majlis itu juga, dua pelanggan tetap ZS Cahaya Sdn Bhd yang memenangi hadiah utama cabutan bertuah NX-1Pro berupa kereta Perodua Axia dan Proton Saga telah diraikan.


Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: