JOM MENANGI PERCUTIAN IMPIAN “SMILE OF LOVE-WIN A CRUISE CONTEST”

Hasil kerjasama antara AEON CO. (M) Bhd atau AEON dan Resorts World Cruises pastinya akan merealisasikan impian anda bercuti di atas kapal!

Kempen terbaharu “Smile of Love-Win A Cruise Contest” daripada AEON ini memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan AEON memenangi pakej percutian selama 3 Hari 2 Malam di kapal persiaran Genting Dream oleh Resorts World Cruises.

Seramai 8 pemenang bertuah akan dipilih setiap bulan bermula 10 Februari hingga 7 Mei 2023. Setiap 15haribulan, nama pemenang akan diumumkan.

Satu majlis pelancaran telah diadakan bersama-sama wakil media dan influencer di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju untuk mewar-warkan mengenai kempen tersebut. Ia juga dihadiri oleh Penolong Naib Presiden, Korporat Komunikasi dan Pemasaran Resorts World Cruises, Ong Hsieh Lien, Ketua Pemasaran AEON, Nikki Lee serta Ketua Sistem Pembayaran AEON Credit Service, Koh Mei Leng.

Untuk pengetahuan anda, Kempen “The Smile of Love” ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelanggan-pelanggan AEON yang setia dan sentiasa memberi sokongan dengan menjadikan AEON sebagai destinasi membeli-belah mereka. Maka kempen ini adalah salah satu cara bagi AEON untuk terus memberi pengalaman yang lebih baik dan kepada pelangan-pelanggannya.

Jadi jangan lepaskan peluang yang ada untuk mencuba kempen yang julung-julung kalinya diadakan oleh AEON ini!

Mana tahu anda berpeluang merasai percutian buat pertama kali di atas kapal.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah:

  • Membuat pembelian sebanyak RM38 (Ahli AEON) dan RM58 (Bukan Ahli AEON) melalui dua resit pembelian pada hari sama di bahagian F&B serta Snack & Cinema.

AEON sangat berbesar hati dapat menjalin kerjasama bersama Resorts World Cruises, sebuah syarikat perkapalan gaya mewah yang kaya dengan warisan Asia yang menawarkan kepelbagaian pengalaman percutian di atas kapal selama 2 hari 3 malam ke destinasi-destinasi popular termasuk Pulau Pinang, Singapura dan tidak lama lagi, destinasi antarabangsa iaitu ke Phuket daripada Pelabuhan Kelang setiap minggu.

‘A Resort Cruising at Sea’ menawarkan pelbagai persembahan termasuk komplimentari hidangan di lokasi terpilih, menyediakan pelbagai hidangan antarabangsa serta Asia termasuk juga makanan ringan di sudut makanan kegemaran. Memandangkan ia sudah diiktiraf sebagai kapal yang pertama memiliki piawaian OIC/SMIIC mesra Muslim, maka makanan Halal turut disediakan di seksyen yang disediakan di Restoran Lido yang turut menyediakan hidangan vegetarian dan Jain. Kemudahan surau juga disediakan di atas kapal.

Selain itu, tetamu juga dihiburkan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan termasuk persembahan antarabangsa, menonton tayangan filem di teater Zodiac yangberkapasiti 999 tempat duduk, taman air yang menawarkan sebuah kolam dngan 6 slaid air, memanjat dinding dan banyak lagi aktiviti rekreasi yang menarik.

Ini adalah selaras dengan inisiatif AEON untuk menegakkan matlamat bersama United Nation Sustainable Development yang memfokuskan pada Kesihatan Yang Baik dan Kesejahteraan (SDG 3) dan Decent Work and Economic Growth (SDG 8). Dengan itu, AEON akan terus mempromosikan gaya hidup sihat dan kesejahteraan bagi semua peringkat umur dalam masa mempromosi perkembangan ekonomi secara berterusan, inklusif dan mampan, pekerjaan penuh dan produktif.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari AEON Mall Facebook: https://www.facebook.com/AEONMallMY/

Hashtags
@aeonmallmy @resortsworldcruises

#aeonmall #aeonmallsmileoflove #resortsworldcruises #jomcruiserwc #gentingdream #gdr

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: