MELAKA 10KM NKF CHARITY FUN RUN ANJURAN BERRY ONE SOLUTION, NKF & SENIMAN MALAYSIA

Pengumpulan dana adalah bertujuan membantu National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) yang memerlukan anggaran dalam RM1.5 juta setahun bagi menyalurkan ubat- ubatan dan peralatan dialisis dengan sokongan yang tidak ditampung oleh hospital kerajaan kepada pesakit kegagalan buah pinggang dan pesakit yang mengidap pelbagai penyakit berkaitan buah pinggang yang memerlukan kemudahan yang disediakan pihak NKF sebelum ini.

Justeru, NKF bekerjasama dengan BERRYONE SOLUTION, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Drug Free Malaysia (DFM) untuk mengumpul dana melalui Larian Amal Melaka 10KM NKF ini. Beberapa kolej sekitar Negeri Melaka akan bergabung bersama-sama menjayakan larian amal ini.

Jumlah penyertaan yang disasarkan bagi Larian Amal Melaka 10KM NKF adalah antara 4,000 hingga 5,000 peserta membabitkan pelajar-pelajar, belia, orang awam serta warga Melaka bagi 2 kategori larian utama iaitu 10 kilometer (km) dan 2 kilometer (km) bagi Orang Kelainan Upaya (OKU). Yuran pendaftaran serendah RM60 dikenakan bagi 2,000 penyertaan terawal dan RM75 selepas tarikh tutup pendaftaran awal. Bagi kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) pula, penyertaan adalah secara percuma.

“Apabila dana ini tercapai melalui kempen larian amal ini selesai, kita akan masukkan dalam tabung NKF. Jadi Melaka 10KM NKF mempunyai harapan besar iaitu mahu membiayai pesakit buah pinggang secara berterusan, disebabkan itulah kami ingin mengumpul dana bagi mengisi tabung ini,” menurut Pengarah Program merangkap Pengarah Urusan Berry One Solution, Dave Kodal di sidang media larian amal yang berlangsung di pejabat NKF, Seksyen 14 Petaling Jaya pada 13 Februari lalu.

Dalam sidang media itu juga, Presiden Seniman Zed Zaidi berkata,

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada masyakarat di luar sana tanpa mengira lapisan masyarakat untuk turut sama menyertai acara Larian Amal Melaka 10KM NKF ini. Sambil beriadah, mereka juga turut menderma untuk tabung ini sebagai tanda berperikemanusiaan dan rasa bertanggungjawab sesama manusia”

Majlis sidang media itu turut dihadiri oleh Khor Xin Yun, Ketua Pegawai Eksekutif National Kidney Foundation of Malaysia, Datin S.Shobana, Ketua Penjenamaan, Komunikasi & Pengumpulan Dana, National Kidney Foundation of Malaysia, Dr. Khairuddin Abdul Aziz, Presiden Drug Free Malaysia.

Beberapa selebriti dan pelakon juga hadir antaranya P.Radhi, Adeline Tsen, Dato’ Subash Sundaramoorthy, Tony Tuah, Shukri Zainal, Azan Scan, Aril Pilus, Salman Al Farisi dan banyak lagi.

Untuk pendaftaran, orang ramai boleh membuat secara dalam talian sehingga 20 April 2023 ini menerusi muat turun aplikasi VOMOS di Apple App Store dan Google Play Store.

Larian Amal ini juga dianjurkan bersama dengan Multimedia Universiti (MMU), Melaka International College of Science and Technology (MiCoST), Universiti Teknologi Mara (UTM), Kolej Komuniti Melaka, Politeknik Merlimau dan Kolej Profesional MARA Bandar Melaka.

Antara penyumbang awal yang telah menyumbang bagi larian Amal ini ialah daripada Joshua Saviour, Pengarah Urusan Kawalan Sri Setia Sdn. Bhd. Terima kasih atas sumbangan anda.

Selain larian, beberapa aktiviti lain turut disediakan antaranya Senamrobik Artis Berlari Bersama Peminat, Pameran Kesihatan, Persembahan Artis, booth jualan universiti/kolej, cabutan hadiah bertuah dan banyak lagi.

Diharap program ini mendapat sokongan dari warga Melaka dan menerima banyak sumbangan daripada pihak kerajaan serta swasta bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: