“PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022” BAKAL BERI IKTIRAFAN PADA SYARIKAT TEMPATAN & LUAR NEGARA

“PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022” merupakan acara yang bakal diadakan buat pertama kalinya oleh PGDM dan ia berbentuk Penganugerahan Tahunan yang diberikan kepada syarikat-syarikat di dalam dan di luar negara yang sedang membina profil mereka dalam bidang perniagaan.

Pada malam anugerah digital tahunan itu juga, PGDM bercadang ingin memberi pengiktirafan kepada badan-badan kerajaan tempatan seperti Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Daerah Pentadbiran Hulu Langat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Di Raja Malaysia, SYABAS, Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor dan satu Anugerah Khas kepada RTM serta TV3 yang telah memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat am dan setempat.

Malam anugerah itu bakal dihadiri oleh lebih daripada 700 orang tetamu dari dalam dan luar negara. PGDM juga dijangka akan menerima kehadiran tetamu-tetamu kehormat dari kalangan Duta-Duta Luar Negara ke Malaysia dan orang-orang kenamaan yang lain.

Menurut Pengerusi PGDM,Datin Seri Harnie Mohamed yang juga Wakil Negara Singapura bagi Gabungan Perusahaan Ekspor Indonesia (G.P.E.I), malam anugerah itu sudah dirancang sejak bulan Jun tahun lepas. Sebanyak 29 kategori pencalonan dipertandingkan namun buat masa ini hanya 20 kategori sahaja yang terpilih. Pemilihan peserta untuk penganugerahan ini dilakukan secara consensus dan juga pada sumbangan yang diberikan oleh syarikat-syarikat yang dipertandingkan kepada PDGM. Kutipan dana sebanyak RM100 ribu disasarkan untuk malam anugerah tersebut.

Dato’ Seri Jamal Husain, (tengah) Penasihat PGDM dan Pengarah merangkap Wakil Asia Tenggara Rantau Asia Pasifik, RSB Investment di Cyprus, Turki menambah bahawa terdapat:

  • 20 entiti yang akan menerima anugerah Popular Digital
  • 6 entiti menerima anugerah pengiktirafan
  • 2 Anugerah Khas
  • 5 anugerah pengiktirafan Rakan Strategik PGDM

Calon-calon yang layak terpilih untuk malam anugerah itu merupakan mereka yang menyumbang dana serendah RM12,000. Pemenang pula akan dinilai oleh panel hakim yang terdiri daripada panel penasihat yang juga ahli di dalam PGDM.

Tetamu kehormat yang dijemput bakal merasmikan majlis tersebut dan menyampaikan sebahagian dari anugerah-anugerah berkenaan yang akan di umumkan pada hujung bulan Februari 2023 setelah mendapat surat persetujuan rasmi dari Menteri berkenaan yang telah dijemput oleh PGDM.

Tertakluk kepada perubahan penilaian dan pemilihan anugerah, kategori anugerah adalah dari kategori seperti di bawah:

  • Popular Digital Awards for Service for QSR Outlets
  • Popular Digital Awards for Service for Food Serving Restaurant
  • Popular Digital Awards for Telecommunication Company 
  • Popular Digital Awards for Petroleum Service Based Company
  • Popular Digital Awards for Popular Food Delivery Service Company
  • Popular Digital awards for Product Delivery Service Company
  • Popular Digital Awards for Innovative Product Network Marketing Company
  • Popular Digital Awards for Women Empowerment Company
  • Popular Digital Awards for Application Usage Company
  • Popular Digital Awards for Transportation Service Company
  • Popular Digital Awards for Corporate Wellness Company
  • Popular Digital Awards for Excellence Leadership Development Company 
  • Popular Digital Awards for Young Entrepreneur for Talent Of The Year
  • Popular Digital Awards for Excellence in Radio Television Broadcast
  • Popular Digital Awards for Achievements in TV Programs
  • Popular Digital Awards for Beauty Product
  • Popular Digital Awards for Health and Supplement Products
  • Popular Digital Awards for Food Based Products
  • Popular Digital Awards for Soft Drinks Based Products
  • Popular Digital Awards for Computer Related Products
  • Popular Digital Awards for Electrical Goods Product
  • Popular Digital Awards for Drinking Water Product
  • Popular Digital Awards for Hotels and Accomodation
  • Popular Digital Awards for Recreation and Clubs
  • Popular Digital Awards for Women Clothing and Fashion
  • Popular Digital Awards for Construction Industries
  • Popular Digital Awards for Insurance Industries
  • Popular Digital Awards for Inbound and Outbound Tourism Industries
  • Popular Digital Awards for Auto Motor Vehicle Company

Maklumat Acara
Tarikh : 18 hb March 2023 / 25 Sya’ban 1444
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 malam sehingga 11.30 malam
Lokasi : Dewan Banquet Utama, Hotel Tenera, Persiaran Kemajuan, Seksyen 1
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor D.E

PGDM berharap mendapat sokongan dari semua pihak untuk menjayakan majlis “PGDM Annual Digital Award” dan berharap akan mendapat sambutan sebagai satu acara Tahunan yang popular di dalam dan luar negara.

Maklumat mengenai PGDM

PGDM adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang telah diluluskan pada 2018 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan objektif “KE ARAH MASYARAKAT CELIK DIGITAL DAN PENGEMBANGAN DIGITAL EKONOMI SEDUNIA” disamping tidak melupakan untuk berusaha menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan kepada institusi anak-anak yatim, pusat-pusat Tahfiz dan golongan-golongan artis dan seni veteran yang tidak bernasib baik.

Terdahulu beberapa program kemasyarakatan seperti bantuan percuma mengikut kemampuan PGDM secara berkala, tajaan, latihan dan didikan pada badan-badan kebajikan yang dipilih telah dibuat oleh PGDM di Malaysia juga di Indonesia.

Dijangka di dalam waktu yang terdekat kehadapan nya PGDM berharap untuk melaksanakan program-program berbentuk ekonomi digital dan penganjuran event di Indonesia, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Turki dan negara-negara lain secara berfasa.

Untuk itu PGDM telah memeterai beberapa Memorandum Persefahaman rakan-rakan strategik dengan:

  • KOMITE PENGUSAHA MIKRO KECIL MENENGAH INDONESIA (KOPITU)-www.kopitu.co.id
  • GABUNGAN PERUSAHAAN EKSPOR INDONESIA (GPEI) DKI JAKARTA-www.gpeidpjateng.co.id
  • UNITED NATION WORLD PEACE ASSOCIATION (UNWPA)-https://en.unwpa.org>malaysia
  • SWA TV BROAD CASTING & DIGITAL MEDIA (MALAYSIA)-www.swatv.my
  • PERSATUAN PENGUSAHA-PENGUSAHA AURA MANJUNG PERAK- MALAYSIA -https://www.facebook.com/aura.manjung?mibextid=LQQJ4d
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: