QEWCOMM ANJUR KONSERT AMAL SEMPENA ULANG TAHUN KE-10

Qew Communications Sdn. Bhd (QewComm) menganjurkan konsert amal dengan tujuan untuk mengumpulkan dana yang bakal disalurkan kepada badan kebajikan yang telah dipilih antaranya seperti:

  • Yayasan Kebajikan Negara (YKN)
  • Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia (PKNEM)
  • Persatuan Karyawan Malaysia (Solidariti for Iskandar Spring)

“Setiap badan kebajikan yang dipilih ini mempunyai satu agenda yang sama iaitu membantu golongan yang memerlukan,” kata Datin Nor Rahizahwati.

Selain itu, QewComm juga menjanjikan gandingan artis yang mantap pada malam konsert tersebut. Antara artis undangan yang dijemput adalah Dato Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Dato Awie, Dayang Nurfaizah,dan Ella.

Datin Nor Rahizahwati berkata, pasti ramai yang merindui gandingan Dato Khadijah dan Datuk Ramli untuk disatukan semula di atas satu pentas berprestij ini. Di samping itu, terdapat juga pemuzik yang mewakili ‘Solidariti for Iskandar Spring’ iaitu Syafiq Farhain, Ameng Spring, Umarul Iklim, dan Belle Fatah. Mereka Semua akan diiringi oleh pemuzik professional tanahair iaitu Ritz Metalasia, Helmi, Ude Wahid, Ujang Exist, Robot dan lain-lain.

Beberapa VVIP, Menteri dan Timbalan Menteri turut dijemput untuk menghadiri majlis ini, diantaranya ialah Dato Sri Hajjah Nancy Haji Shukri (Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat), YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital),YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli,Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong ( Timbalan Menteri Kewangan II). Sebahagian dari jemputan tersebut telahpun mengesahkan kehadiran mereka.

QewComm berharap konsert amal ini bakal mendapat sambutan yang hangat. Ini kerana konsert yang dianjurkan ini merupakan satu konsert amal yang setiap pembeliannya akan disalurkan ke badan kebajikan yang telah dipilih.

Untuk maklumat lanjut sila layari:

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: