Mengulangi tradisi yang sering dilakukan setiap kali Ramadan, Datuk Awie (Vokalis) bersama anggota Wings iaitu Syam (gitar), Edrie (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram) sangat gembira apabila program berbentuk positif yang dianjurkan saban tahun mendapat sambutan menggalakkan dari peminat setia mereka.

“Mereka ternyata tertarik dan suka dengan konsep yang ditampilkan kami menerusi showcase ini kerana ada pengisian tersendiri. Malah ada yang pernah menyaksikan persembahan tahun-tahun sebelumnya, setia menanti persembahan untuk tahun ini pula. Manakala kami pula, yang berehat sejak Januari lalu, tidak sabar untuk bertemu peminat dalam showcase yang boleh dikatakan sebagai ‘pemanas enjin’ untuk 2023,”
Sudah tentu Wings menyusun jadual seni yang padat selepas Aidilfitri untuk menyamai atau mungkin lebih lagi seperti yang diraih seperti tahun lalu. Inilah limpahan rezeki yang disangka hasil kurniaan yang Maha Esa selepas lebih dua tahun berehat disebabkan pandemik Covid-19.
Datuk Awie berkata, biarpun akan lebih menyampaikan lagu-lagu berkonsep dakwah berbanding lagu rock, Wings tetap menjanjikan persembahan yang mantap dan menghiburkan untuk semua yang hadir nanti.

“Lagu-lagu bersempena bulan Ramadan tapi kami tidak akan berkompromi tentang soal kualiti persembahan. Sudah tentunya ia berbaloi dengan wang ringgit yang dikeluarkan oleh peminat untuk menyaksikan persembahan istimewa ini. Mereka dapat berbuka puasa, beribadah dan seterusnya santai-santai menikmati persembahan yang kami bawakan,”
Selain lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan dan kerohanian bagi mengambil keberkatan bulan suci Ramadan, Wings turut akan membawakan lagu raya dan beberapa lagu hits Wings sebagai bonus.
Tiket-tiket untuk menyaksikan Showcase Semarakkan Malam Cinta Ramadan anjuran HS Event & Ent Sdn Bhd ini dibahagikan mengikut kategori tertentu iaitu:
- Table VVIP-RM15,000
- Table VIP-RM12,000
- Table Platinum-RM8,000
- Table Gold-RM6,000
- Table SilverRM4,000
Setiap satu meja boleh memuatkan sehingga 10 orang.
Leave a Reply