Mengusung genre seram atau horror, Eidolon Bayangan Dendam bakal ditayangkan pada 9 Mac 2023 di pawagam seluruh negara.
Dibintangi oleh barisan pelakon utama termasuk Julian Cheah bersama Chazynash, Tyty Nazmin, Faeiz, Fifi, Cik My bersama penampilan istimewa Nik Amirul Faiz, Zack Aminuddin, Zati Nizam, Jean Tan, Jeffrey Leong, naskhah ini diedarkan oleh Full Billion Entertainment.

Bukan sembarangan seram, naskhah dengan durasi selama 105 minit ini mengangkat tema dendam, misteri dan hantu dalam satu persembahan yang sama.

Apatahlagi, Eidolon sendiri membawa maksud gambaran roh atau orang mati dalam pemikiran Yunani Purba menyuntik kelainan dalam naskhah seram sedia ada di Malaysia.

Jadi apabila Eidolon digabungkan dengan perasaan dendam, tema filem ini telah masuk ke sebuah skop yang lebih luas – di antara roh jahat dan perasaan dendam manusia yang memusnahkan segalanya.

“Saya sangat teruja kerana akhirnya naskhah Eidolon Bayangan Dendam siap bertemu peminat di pawagam pada 9 Mac 2023. Adalah menjadi impian saya sejak lama untuk melahirkan genre seram selepas banyak terbabit dalam naskhah pelbagai genre. Yang lebih mengujakan juga, saya dapat menghasilkan naskhah ini bersama individu- individu berbakat sama ada di belakang tabir atau di layar skrin termasuk lakon layar dan penyelia skrip.
“Apabila Eidolon Bayangan Dendam siap seperti apa yang saya imaginasikan, saya harap naskhah ini dapat memikat hati peminat filem seram. Dan Eidolon Bayangan Dendam bukan naskhah seram biasa yang ditampilkan di layar kaca meski ia punya persamaan iaitu nilai seram, tetapi penyampaian menerusi kaca mata Eidolon atau gambaran roh dan sikap dendam yang akan mencetuskan kelainan tersendiri,” ujar pelakon utama dan juga pembawa naskhah, Julian Cheah.
Julian juga menambah, Eidolon Bayangan Dendam bukan sahaja menjadi sejarah peribadi buat dirinya, tetapi Malaysia kerana selain ditayangkan di tanah air, beliau mensasarkan ia ditayangkan pada festival filem dunia.
“Saya mahu dunia tahu bahawa naskhah seram anak tempatan, yang antaranya menyadurkan antara sifat kemanusiaan dan mistik wujud. Ia bukan rekaan semata-mata dan ia mengikut kepercayaan serta pemahaman masing-masing. Sebab itu adalah penting jika Eidolon Bayangan Dendam ditayangkan di Malaysia seterusnya mendapat sambutan dan dibawa ke festival filem dunia,” katanya lagi.
Kata Don Hoe pula,

Julian Cheah selaku Produser dan Don Hoe yang menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah mengharapkan Eidolon Bayangan Dendam akan dapat menembusi pasaran antarabangsa sekaligus membawa nama Malaysia ke mata luar.
Sinopsis
Eidolon Bayangan Dendam mengisahkan dua pasangan suami isteri yang juga merupakan jiran di bandar bercuti bersama-sama di sebuah kampung dan menginap di sebuah rumah inap di situ.
Tanpa mereka sedari, kediaman tersebut punya misteri yang tidak terungkap. Pelbagai peristiwa mistik, pembunuhan, kuasa roh dan kejadian pelik berlaku sepanjang mereka mendiami rumah inap tersebut dan mereka perlu berjuang untuk bertahan hidup.
Dapatkah mereka merungkai setiap persoalan pada peristiwa-peristiwa yang terjadi?
Anda perlu menyaksikan Eidolon Bayangan Dendam untuk mendapatkan jawapan. Jadi,jom ke pawagam pada 9 Mac nanti.
INFORMASI
- TAJUK: Eidolon Bayangan Dendam GENRE: Seram
- TEMA: Dendam, Misteri, Hantu
- PENGARAH: Don Hoe
- DIPERSEMBAHKAN OLEH: Julian Cheah Pictures (Malaysia) Sdn. Bhd.
- PENGEDAR: Full Billion Entertainment
- DURASI: 105 Minit
- KLASIFIKASI: P13
- TARIKH TAYANGAN: 9 MAC 2023
BARISAN PELAKON
Julian Cheah, Chazynash, Tyty Nazmin, Faeiz, Fifi, Cik My
PENAMPILAN ISTIMEWA
Nik Amirul Faiz, Zack Aminuddin, Zati Nizam, Jean Tan, Jeffrey Leong
Leave a Reply