DUA LEGENDA BERBISA BAKAL BERKONGSI SATU PENTAS UNTUK ‘SIFU & AKU 38’

Bukan sekadar sebuah konsert bahkan satu platform yang menempatkan seorang pesohor yang terkenal di satu Nusantara dengan predikat Sifu bersama dengan seorang figura yang tidak kurang integiritinya akan beraksi di dua buah lokasi yang belum lagi mereka sepanggung.

Konsert ‘Sifu & Aku 38’ akan menghiburkan peminat mereka di luar Semenanjung iaitu di:

  • Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 25 Mei 2023
  • Sabah International Convention Centre pada 1 Jun 2023

M. Nasir dan Hattan sudah bersedia untuk mempersembahkan lagu-lagu terhebat mereka sepanjang tiga dekat dalam karier ini.

Lagu-lagu sang Sifu yang masih menjadi siulan ramai sehingga kini seperti Sahabat Gua, Mentera Semerah Padi, Hati Emas, Bonda, Tanya Sama Itu Hud Hud pastinya membuat peminat terperangkap dengan jerangkap sakti sang Sifu.

Ditambah pula dengan Hattan yang terkenal dengan karya-karya sang Sifu seperti Memburu Rindu dan Mahligai Syahdu, menjadikan konsert ‘Sifu & Aku 38’ satu pementasan yang tidak harus dilepaskan!

“Bagi pihak penganjur, ia adalah satu cabaran bagi memastikan konsert ‘Sifu & Aku 38’ punya kelas tersendiri dari segi aspek teknikal seperti jalan persembahan, bunyi dan belakang tabir. Ini kerana kedua-dua figura M.Nasir dan Hattan mempunyai aura yang sangat kuat dan mampu membuatkan penonton merasai aura yang sama. Jadi untuk memastikan kolaborasi ini sempurna, teknikal perlu sama hebat dengan penghiburnya” ujar Aiman, Pengarah Westzone Entertainment yang juga penagnjur konsert tersebut.

Bagi Datuk M. Nasir pula:
“Mesti ada maksud dan simbolik di sebalik tanggal 38 keraian dan perkataan Sifu dan aku itu sendiri. Jadi saya melihat ia sebagai buah fikiran yang baik, gabungan bersama Hattan, menyapa peminat di luar Semenanjung, menyemarakkan kembali pasaran konsert tempatan, saya menyambutnya dengan senang hati”

Sementara bagi Hattan pula melihat penganjuran Konsert Sifu & Aku 38 adalah sebuah epik didalam dunia seni bagi kariernya dan figura yang dihormati.

“Ini juga sekaligus membuktikan banyak mana lambakan penyanyi luar, penghibur tempatan mempunyai ruang esklusif yang tidak pernah terbuang dan dilupakan peminat. Lihat kepada angka 38 tahun pejuangan sahaja sudah menjawab mengapa penghibur seperti kami terus relevan dan ‘boleh makan’ lagi”

Tiket konsert boleh dibeli melalui:

Harga tiket:

RM188 (Cat 5), RM288 (Cat 4), RM388 (Cat 3), RM488 (Cat 2) dan RM1,000 (Cat 1)

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: