Bermula dari 28 Februari hingga 5 Mac 2023, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke ruang legar pusat itu untuk berhibur dan bergembira di Taman Permainan Laut yang diperbuat daripada 85,000 keping belon terbiodegradasi.

Taman Permainan Laut ini terdiri daripada landskap bawah laut yang disusun indah serta menampilkan lima hidupan marin yang paling terancam seperti:
- Jerung Tukul (haiwan belon terpanjang pada ukuran 5m panjang)
- Paus Orca (haiwan belon tertinggi pada ukuran 4m tinggi)
- Penyu Karah
- Dugong
- Pari Manta Gergasi

Arca ini menggunakan belon Qualatex 100% terbiodegradasi yang akan dilupuskan dengan cara yang betul pada penghujung pameran ini bagi memastikan ia tidak akan berakhir di tapak pelupusan sampah mahupun laut. Langkah ini adalah selaras dengan teras perniagaan lestari Pusat itu.

IPC Shopping Centre menjemput ibu bapa dan anak-anak mereka untuk menyertai pengembaraan cuti sekolah yang penuh bermakna, menyeronokkan dan berpendidikan dengan arca belon terbesarnya yang bertemakan ‘Ocean Heroes to the Rescue’.

Ia merupakan arca belon lestari terbesar dan pertama di Malaysia di mana para pengunjung dewasa dan muda boleh menyelami ke dalam pendidikan mengenai spesies marin terancam, pemuliharaan laut, dan kelestarian.

IPC Shopping Centre telah bekerjasama dengan 20 artis arca belon terkemuka dunia dari Hong Kong, China, Taiwan, dan Malaysia untuk menghasilkan arca yang menakjubkan ini. Pasukan itu dipimpin oleh Pakar Belon Malaysia, Joseph Ho, dan Pakar Belon Taiwan, Ho Hun Leong, yang pernah bekerjasama dalam pelbagai acara, salah satunya adalah pencapaian terbesar mereka apabila berjaya membawa pulang pingat Emas pada Konvensyen Belon Dunia ke-5 di San Diego, California pada 208.
Pengurus Besar IPC Shopping Centre, Karyn Lim berkata,

“Malaysia adalah salah satu daripada penyumbang utama pencemaran plastik di lautan dan ia bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan. Kita perlu mengambil tindakan segera secara bersama untuk menjaga laut dan kehidupan marin kita dengan lebih baik. Taman Permainan Laut ini berbeza dengan destinasi lain, ia adalah cara kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan lautan kita demi kesejahteraan hidupan marin dan dengan harapan untuk memupuk generasi Wira Samudera kita yang seterusnya. Di IPC, kami berusaha untuk menerapkan inisiatif hijau ke dalam perniagaan kami setiap hari, dan kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan kedua-dua pakar belon ini sekali lagi untuk kali ke-5 bagi menghasilkan arca kreatif dan lestari ini. Ini juga merupakan arca belon terbiodegradasi lestari pertama di Malaysia, dan IPC berharap untuk terus menetapkan penanda aras dan menjadi contoh bagi memberi inspirasi dan menggalakkan lebih ramai orang untuk mengambil berat tentang alam sekitar.”
Pakar Belon Malaysia, Joseph Ho berkata,

“Saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan IPC sekali lagi dan ini adalah tahun yang ke-5 kami bekerjasama. Pandemik telah menjejaskan semua pameran belon besar-besaran, oleh itu saya berasa amat teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada pameran arca belon lestari pertama dan satu-satunya di Malaysia. Semoga lebih banyak lagi pusat beli-belah di Malaysia yang akan mengikuti inisiatif ini dan menjadi lebih lestari supaya kita dapat mencipta impak yang lebih besar ke atas masyarakat dan planet kita bersama-sama.”
Sepanjang dua hujung minggu, IPC Shopping Centre akan menganjurkan pelbagai aktiviti pendidikan serta bengkel yang dipacu kelestarian secara percuma di Atrium, Aras G untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah berasaskan kepada siapa cepat dia dapat (keutamaan diberikan kepada ahli Små Club).
Berikut adalah jadual aktiviti tersebut:
- Sesi Ramah Mesra Maskot Belon (Setiap hari dari 1:00 petang – 2:00 petang)
- Bengkel Lukisan Pinggan Kertas Kanak-kanak (2:30 petang – 3:30 petang; Terhad untuk 15 peserta per sesi)
- Sesi Bercerita oleh Hong Jie Jie (4:00 petang – 4:30 petang)
- Bengkel Membuat Belon Kanak-kanak (5:00 petang – 6.00 petang; Terhad untuk 10 peserta per sesi)
- Cenderamata dan Pertandingan ‘Ocean Heroes to The Rescue’
- Eksklusif untuk ahli Små Club: Tebus topi yang menampilkan haiwan terancam pilihan anda di i-Counter (Aras G) sementara stok masih ada.
- Pendaftaran Ahli Baharu IPC Tack Club: Tebus set kotak makan tengah hari boleh lipat di i-Counter (Aras G).
- Pertandingan foto #IPCOceanHeroes untuk disertai oleh Ahli Tack Club dan menebus baucar Popular bernilai RM10. Langkah untuk menebus baucar tersebut adalah seperti berikut:
- Kunjungi arca belon ‘Ocean Heroes to the Rescue’ dan ambil foto bersama arca tersebut.
- Muat naik foto ke dalam Instagram atau Facebook anda, tag @IPCShoppingCentre dan sertakan tanda pagar #IPCOceanHeroes dan #FromTheSeaToIPC.
- Tunjukkan hantaran dan keahlian Tack Club anda di i-Counter (Aras G) untuk menerima baucar Popular bernilai RM10.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ‘Ocean Heroes to the Rescue’ IPC Shopping Centre, sila layari http://www.ipc.com.my/oceanheroes serta ikuti Facebook dan Instagram untuk mengetahui promosi, acara dan maklumat terkini.
Leave a Reply