SCIB PEROLEH PROJEK BERNILAI RM20.65JUTA UNTUK BINA SEKOLAH

Kontrak tersebut mempunyai tempoh selama 24 bulan dan berada di bawah fasa ketiga peruntukan RM1 bilion kerajaan Sarawak untuk sekolah-sekolah usang.

Pengarah Urusan Kumpulan SCIB, Encik Rosland Othman berkata,

“Projek daripada JKR ini adalah sebahagian daripada program seluruh negara untuk membina semula atau mengubahsuai sekolah-sekolah usang terutamanya di kawasan luar bandar di mana para pelajar sudah menghadapi cabaran akibat kekurangan infrastruktur. Cabang pembinaan Kumpulan mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan projek EPCC manakala latar belakang kami sebagai pakar dalam kerja-kerja infrastruktur luar bandar bersaiz kecil hingga pertengahan yang meliputi jalan raya ke sekolah dan hospital memastikan kami mahir dalam projek-projek seperti ini.

Kumpulan akan terus mencari projek di mana kami boleh memanfaatkan kepakaran kami sebagai peneraju pengilang konkrit pratuang dan IBS di Malaysia Timur. Terdapat peluang untuk kita di bawah Belanjawan 2023 yang dibentangkan semula baru-baru ini di mana Sarawak diperuntukkan RM5.6 bilion dan Sabah diperuntukkan RM6.5 bilion. “Kita juga mengambil maklum dengan faedah RM920 juta yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah usang di kedua-dua negeri. “

MENGENAI SARAWAK CONSOLIDATED INDUSTRIES BERHAD

Sarawak Consolidated Industries Berhad (“SCIB”) ditubuhkan pada 1975 dan telah berkembang daripada sebuah perusahaan kecil kepada Kumpulan syarikat terkemuka yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. Pada masa ini, SCIB mengendalikan tiga kilang di Kuching, Sarawak iaitu satu kilang di Kawasan Perindustrian Pending dan dua kilang di taman perindustrian Demak Laut.

SCIB terkenal dengan pengurusan profesional dan mempunyai sejarah panjang idea inovatif dan kemajuan teknologi. Ditambah dengan kekayaan pengalaman dan penyelidikan yang diperoleh selama lebih tiga dekad, SCIB menawarkan pelanggannya kepakaran mendalam melalui gabungan teknologi, kecekapan dan kepantasan.

Untuk maklumat lanjut, lawat scib.com.my

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: