PANASONIC PERKENAL PEMBERSIH HAMPAGAS HOS PEJAL TANPA WAYAR

Perkenalan produk baharu ini adalah sejajar dengan fokus Panasonic pada kesihatan, kebersihan dan kemudahan memberi inspirasi kepada inovasi perkakasan rumah sejajar dengan komitmen “Create Today. Enrich Tomorrow”.

Rangkaian siri Pembersih Hampagas Hos Pejal Tanpa Wayar Buatan Jepun ini diperluas dengan DUA model paling ringan iaitu:

  • MC-SB33J
  • MC-SB53K

Kedua-duanya direka untuk menjadikan kerja-kerja pembersihan lebih mudah dan bebas tekanan minda.

“Pelancaran Pembersih Hampagas Tanpa Wayar Panasonic merangkumi komitmen kami selaras falsafah “Create Today. Enrich Tomorrow.”, yang mana kami yakin, meningkatkan kesejahteraan holistik adalah kunci untuk menjadikan hari esok yang lebih baik dan cerah. Model Pembersih Hampagas baharu yang dilancarkan hari ini merupakan salah satu daripada tawaran produk berkualiti tinggi kami yang bermanfaat dalam membantu orang ramai menjalani cara kehidupan yang lebih baik,” kata Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia.

Ciri utama model MC-SB33J dan MC-SB53K baharu menggabungkan Teknologi Float-Lite Panasonic dengan ciri pembersihan lantai fleksibel 360° yang menjadikannya mudah dan efisien untuk bergerak ke sudut dan ruang yang sempit. Pembersih hampagas ini juga menampilkan pemegang ergonomik baharu yang dimajukan dengan 840 paten, untuk memastikan cengkaman yang selesa dan navigasi mudah.

Dengan berat hanya 1.3kg, Pembersih Hampagas Panasonic MC-SB33J mungkin ringan tetapi pastinya boleh melakukan pelbagai fungsi. Ia mudah diangkat untuk membersihkan ruang yang tinggi tanpa menegangkan tulang belakang atau lengan. Pengguna tidak perlu menyusahkan diri dengan menggunakan pembersih hampagas yang berat untuk melakukan pembersihan harian kerana Pembersih Hampagas Panasonic ini berkuasa, tangkas dan cukup ringan untuk dikemudi dengan mudah.

Pembersih hampagas ini juga direka dengan mengambil kira penyelenggaraan tanpa tekanan minda. Dengan keupayaan untuk membuang habuk dan kotoran dengan mudah, pengguna tidak perlu mengotorkan tangan mereka. Kotak habuk dan penapis boleh dibasuh, dan ianya mudah dibuka dan dibersihkan, menjadikannya mudah diselenggara untuk prestasi terbaik. Di samping itu, masa pengecasan yang singkat hanya 3.5 jam bermakna tidak perlu menunggu lama untuk menggunakannya semula.

Reka bentuk model pembersih hampagas baharu telah direka sebaiknya untuk gaya hidup yang harmoni pengguna. Dengan reka bentuk yang bergaya dan minimalis, ia sebati dengan citarasa setiap kediaman.

“Membersih tidak seharusnya membebankan, lebih-lebih lagi jika terdapat anak kecil atau haiwan peliharaan di rumah, itulah sebabnya kami mereka bentuk pembersih hampagas yang mengutamakan keselesaan pelanggan kami. Model pembersih hampagas adalah ringan, berkuasa dan mudah dikendalikan, dan kami berharap ia akan memberikan pelanggan kami pengalaman membersih tanpa kerumitan yang di nanti-nantikan,” kata Nishida.

Untuk menangani masalah rambut yang biasanya berkumpul di atas lantai, permaidani, sofa, Panasonic membangunkan ciri Tangle Free Power Nozzle dengan teknologi unik yang dipatenkan penggunaan berus berbentuk kon untuk mengumpulkan dan memindahkan rambut ke bahagian tengah kepala vakum sebelum disedut masuk sepenuhnya. Model MC-SB53K dilengkapi dengan ciri Tangle Free Power Nozzle, bersama dengan ciri House Dust Sensor yang mampu mengesan zarah mikroskopik habuk dan kotoran untuk memastikan permukaan yang bersih.

Dua model Pembersih Hampagas Tanpa Wayar Panasonic baharu, MC-SB33J dan MC-SB53K tersedia untuk pembelian di semua pengedar sah Panasonic serta pasaran dan platform atas talian. Panasonic berbangga untuk menambah pembersih hampagas ini pada barisan peralatan rumahnya yang direka untuk menjadikan hari esok lebih cerah dengan meningkatkan kehidupan hari ini. 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: