Ia adalah bahagian kedua rangkaian siri pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah.

Sebelum ini, pementasan Dari Cherok Tok Kun ke Gombak telah diadakan pada tahun 2019 dan dipertontonkan kepada lebih daripada 1,000 orang penonton.

Empat tahun selepas itu, tarikh 26 Mei 2023 dipilih untuk pementasan teater bahagian kedua ini di Auditorium Dewan Jubli PerakSultan Abdul Aziz, Shah Alam.

Ia diarahkan oleh Lanun Resdongs dan dibarisi oleh Pelawak Lagenda Negara, Imuda, Abu Mamu, Kumpulan Kiut Juara Gegar Lawak musim pertama, Caca Raja Lawak, Azmir Cuit Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Lanun Resdongs danramai lagi bakat istimewa dari Resdongs Entertainment.
Jika dahulu, ia menampilkan penampilan khas Azharina, Juara Gegar Vaganza 3, tahun ini Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya bakal digegarkan oleh Ratu Rock Malaysia, ELLA bersama suami tercinta, Kapten Azhar bersama kakak dan Pengurusnya,iaitu JOJIE.

Ia bakal dipanaskan lagi dengan kemunculan pemain gitar lagenda Malaysia iaitu JO BRANKO, ex-Wings. Ia adalah penampilan pertama beliau di pentas teater.
Selain itu, Selebriti Cef Malaysia iaitu Cef Yang Jamil dan Khairul Nizam, pemenang musim kedua program TV AllTogetherNow Malaysia juga akan membuat penampilan istimewa.
100 tiket telah pun ditempah oleh agensi-agensi tertentu dan baki tiket sebanyak 900 keping masih boleh dibeli secara atas talian di http://www.myticketempire.com bermula 15 Mac pada harga RM60 (Kategori 1), RM80 (Kategori 2) dan RM120 (VIP).
Dengan adanya pementasan sebegini diharapkan dapat menyampaikan mesej anti dadah kepada masyarakat di luar sana dalam usaha membasmi gejala dadah yang semakin menular hari demi hari dan semakin membimbangkan.
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi melalui aplikasi Whatsapp di 017-7054996 (Cik Sarah).
Leave a Reply