PERBINCANGAN “MEMIMPIN KESAKSAMAAN & KEADILAN” MENEKAN KEPERLUAN KEADILAN SESAMA JANTINA

Menerajui Kesaksamaan & Keadilan: Sejauh manakah telah kita capai dalam kesaksamaan jantina di negara kita?”

Barisan panel pemimpin wanita dari rantau Asia Pasifik ini terdiri dari:

  • Datin Paduka Marina Mahathir, Penulis & Aktivis
  • Cindy Sirinya Bishop, Duta Muhibah (Goodwill) Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Asia Pasifik, Thailand
  • Deepti Saraf, Pengurus Besar Roche (Malaysia) Sdn. Bhd
  • Yeoh Ying Ying, Pengurus Besar Roche Singapore Pte Ltd.

Selain meraikan kepimpinan wanita, sesi itu juga bertujuan untuk memberi penekanan terhadap keperluan keadilan untuk mencapai kesaksamaan jantina serta keupayaan mengubah kesihatan pesakit menerusi perkongsian wanita inspirasi yang telah memberikan impak positif dalam industri masing-masing.

Mereka berkongsi pengalaman, pandangan dan perspektif masing-masing dalam memperjuangkan kesaksamaan jantina dalam industri yang diceburi bagi menginspirasikan kebijaksanaan, keberanian dan perubahan dalam komuniti.

Mengulas mengenai keperluan perubahan struktur dalam komuniti, Datin Paduka Marina berkata,

“Saya percaya keadilan dan kesaksamaan adalah penting bagi Malaysia dalam membentuk masyarakat yang lebih adil dan makmur yang akan menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi dan peluang yang saksama bagi wanita. Menggalakkan kesaksamaan jantina akan memperkasakan Malaysia untuk menyerlahkan potensi bakat wanita. Keadilan dan kesaksamaan bagi wanita juga akan meningkatkan keadilan sosial dan penglibatan dalam proses membuat keputusan terhadap keperluan dan kepentingan wanita.”

Deepti teguh memperjuangkan kesaksamaan kesihatan wanita memandangkan jurang yang lebih luas dapat dilihat dalam bidang penjagaan kesihatan untuk wanita. Beliau berkata,

“Wanita membentuk 70% daripada tenaga kerja sektor penjagaan kesihatan di peringkat global1 tetapi hanya 5%2 aset penjagaan kesihatan global memberi tumpuan terhadap wanita. Turut didapati bahawa wanita kurang diwakili dalam ujian klinikal, menyumbang kepada ketidaksamaan kesihatan dan ketidakadilan sosial3.

Kita memerlukan lebih ramai pemimpin wanita untuk menyuarakan ketidaksamaan ini. Di Malaysia, pada masa ini wanita membentuk 40% daripada pasukan pengurusan kanan pada tahun 20224. Ini tentunya satu pencapaian yang baik. Sungguhpun terdapat perkembangan positif dalam kesaksamaan jantina sejak beberapa dekad lalu, namun dunia masih belum berada pada landasan untuk mencapai mencapai kesaksamaan jantina menjelang 20305.”

Deepti menegaskan bahawa Roche amat komited dalam penyelidikan dan perkongsian yang inklusif bagi memperkasakan infrastruktur penjagaan kesihatan buat wanita.

“Di tempat kerja kami, kami menyokong wanita dengan membina sebuah komuniti yang sejahtera untuk warga kerja wanita, memastikan mereka mendapat pementoran dan bimbingan serta menangani kecenderungan yang tidak sedar dan kepercayaan mengehadkan yang sering didepani wanita,”

Ying Ying, yang percaya bimbingan dan jalinan kerjasama meningkatkan peluang untuk kesaksamaan, berkata:

“Kita mampu mencapai lebih banyak sekiranya kita berkolaborasi dan menyokong satu sama lain. Sama ada bersama pasukan sendiri mahupun dengan kumpulan di luar organisasi anda, perkongsian bermatlamat akan membantu menyingkirkan pendekatan berbentuk silo atau menyendiri dan menerima kepelbagaian minda yang membawa kepada kemampanan sumber dan impak kolektif jangka panjang. Roche komited dalam memastikan persekitaran kerja yang inklusif kepada kakitangannya dan akan memperluaskan usaha ini bersama rakan industri agar kami sama-sama berupaya membangunkan solusi penjagaan kesihatan baharu dan lebih baik untuk semua.”

“Sebagai duta, saya akan terus menzahirkan sokongan kepada wanita dan berusaha memecahkan sempadan kesamaan jantina institusi yang wujud.

Memperjuangkan kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita membantu untuk mencabar peranan jantina dan norma-norma biasa yang mengehadkan potensi wanita dan mengekalkan keganasan berasaskan jantina. Usaha-usaha mewujudkan kesedaran juga membolehkan individu untuk mengetahui hak mereka dan mengambil tindakan untuk menangani ketaksamaan yang dihadapi wanita dalam masyarakat.” ujar Cindy.

Sebagai peneraju bidang penjagaan kesihatan, Roche menegaskan semula komitmennya untuk mempertahankan kepelbagaian dengan memberikan galakan aktif dan menambah bilangan wanita dalam jawatan-jawatan kanan serta pengurusan, pada masa sama terus mencari cara untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam projek-projek penyelidikan dan pembangunan.

Roche memegang kepercayaan kukuh dalam menerapkan rasa bangga terhadap pencapaian dalam masyarakat dan menggalakkan orang ramai untuk berusaha ke arah kesaksamaan jantina, hak wanita serta menyokong kepelbagaian dan inklusif.

Rujukan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2021. Boleh didapati di: https://www.who.int/director-general/speeches/detail/who-director-general-s-opening-remarks-at-the-media-briefing-on-covid-19-1-april-2021

  1. McKinsey & Company. Unlocking opportunities in women’s healthcare. Boleh didapati di: https://www.mckinsey.com/industries/healthcare/our-insights/unlocking-opportunities-in-womens-healthcare
  2. Cell Reports Medicine. Boleh didapati di https://www.cell.com/cell-reports-medicine/pdf/S2666-3791(22)00059-3.pdf
  3. Grant Thornton 2022. Boleh didapati di https://www.grantthornton.com.my/press/press-releases-2022/wib-2022/
  4. Perubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). (2023). Gender equality and women’s empowerment. PBB. Boleh didapati di : https://www.un.org/sustainabledevelopment/gender-equality
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: