REBIU: FILEM MEMBURU

Filem ini mengisahkan bagaimana seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja demi anak perempuan kesayangannya. Namun, perbuatan demi perbuatan yang dilakukan oleh si ayah telah memakan dirinya serta anaknya gara-gara mengorbankan seorang gadis malang. Gadis malang yang dikorbankan ini pula tidak sempat memenuhi hajat ibunya.

Manakala seorang doktor yang sepatutnya menjadi orang yang dipercayai namun disebabkan sikap tamak, telah berputih mata demi untuk hidup dalam kemewahan.

Maka roh gadis yang tidak berdosa ini, menuntut keadilan untuk dirinya.

Rebiu:
Kebanyakan watak-watak yang dilakonkan memang menjadi dengan jalan cerita yang mudah difahami. Plot-plot twist yang ditimbulkan hingga menjadi tanda tanya juga menjadi hingga menambah suspen. Visual yang dipaparkan seakan-akan ‘hidup’ dan membuatkan beberapa adegan tampil mencemaskan serta suspen, apatah lagi ditambah dengan elemen-elemen jumpscare yang mampu membuatkan penonton tidak betah duduk di kerusi. Kelebihan-kelebihan ini membuatkan filem Memburu sesuai dikategorikan sebagai filem seram.

Filem yang layak diberi pujian ini masih punya peluang untuk pergi lebih tinggi lagi apatah lagi dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang berpengalaman. Beberapa perkara yang boleh dibaiki adalah adegan imbas kembali yang perlu dikurangkan kerana ia boleh mengelirukan penonton apatah ada agedan imbas kembali yang tidak perlu dipaparkan. Ada juga babak yang dilakukan seperti tergesa-gesa hingga ‘memotong’ fokus menonton.

Sungguhpun begitu, ia masih menarik untuk ditonton kerana ia adalah kisah keluarga yang mana elok dijadikan teladan. tiada siapa boleh menilai kasih sayang seorang ayah namun tidak semua jalan penyelesaian itu adalah yang terbaik.

  • Arahan: SK
  • Skrip & Idea: SK dan Jaafar Taib (Majalah Gila-Gila)
  • Pengarah Fotografi: TR Two Studio & Team
  • Penerbit: BR-V Immortal Production
  • Pelakon: Fauzi Nawawi, Shah Iskandar, Puteri Sarah, Soffi Jikkan, Serra Kamal, Cathy Ikh
  • Saluran: Astro First
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: