Siri ini boleh didapati dalam tiga model:
- Roborock S8 Pro Ultra
- Roborock S8+
- Roborock S8

Model teratas, S8 Pro Ultra yang menampilkan sistem RockDock Ultra baharu, yang menyediakan ciri pembersihan mop automatik, pengosongan dan pengisian semula habuk serta pembersihan diri. Pengeringan udara panas juga menghalang acuan dan bau pada pad mop dan dok.

Sistem Mop VibraRise 2.0 pada S8 Pro Ultra dan S8+ bergetar 3,000 kali seminit untuk menghilangkan kotoran dari lantai. S8 Pro Ultra juga menawarkan dua mod getaran untuk pembersihan terbaik.
Kesemua model baharu juga akan menampilkan sistem baharu dengan dua berus penggelek getah, berbanding model Roborock sebelum ini hanya mempunyai satu berus.

“Apabila Roborock mula dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019, aspirasi kami adalah untuk memberikan penyelesaian yang mudah kepada pengguna yang banyak meluangkan masa di rumah. Produk ini akan membantu mengurangkan masa yang diperlukan untuk mencuci kediaman, sekaligus memberikan mereka lebih banyak masa untuk melakukan tugasan lain.
Kami menjangkakan industri akan terus berkembang maju pada tahun-tahun akan datang, dengan galakan oleh peningkatan pembandaran, peningkatan pendapatan boleh guna dan trend ke arah aplikasi rumah pintar yang semakin meningkat. Sebagai jenama yang menawarkan produk pembersih vakum mewah dengan harga berpatutan, kami akan terus mempertimbangkan titik harga kami, menggalakkan kesedaran pengguna dan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih memuaskan. Dengan pengenalan siri S8, yang merupakan satu lagi produk yang membawa revolusi terkini daripada Roborock, sudah pasti akan menawarkan lebih banyak fungsi dan keupayaan kepada pengguna. Saya tidak ragu-ragu bahawa kami boleh menawarkan produk yang mampu bersaing dengan jenama antarabangsa yang lain,” kata Elvis Wang, Naib Presiden Jabatan Jualan Luar Negara Roborock..

Roborock kini telah berada di pasaran Malaysia selama lima tahun dan telah memantapkan kedudukannya sebagai salah satu jenama pembersih vakum pilihan utama pengguna dengan inovasi kecerdasan buatan. Fungsi dan prestasi yang cemerlang menjadikannya salah satu pembersih vakum robot terlaris dijual di pasaran tempatan.
“Kami yakin dengan pertumbuhan dan perkembangan pasaran kami di Malaysia kerana wujudnya permintaan untuk produk kami. Kami berterima kasih kepada rakan strategik pemasaran kami seperti Lazada, Shopee dan TikTok kerana mereka merupakan platform e-dagang yang utama yang memberi peluang kepada kami untuk mengembangkan jualan kami dengan pesat. Dan pada tahun ini kami merancang untuk membuka premis fizikal kami yang tersendiri bagi menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih lengkap buat pelanggan. Harapan kami adalah untuk mengukuhkan strategi perniagaan utama sebagai peluang untuk terus meneroka pasaran Malaysia,” kata Cik Joan Hu Pengarah Asia Pasifik Roborock.
Jenama Roborock telah mencipta nama sebagai pembersih vakum robot inovatif yang menerima pujian tinggi daripada pengguna dunia. Perkara utama yang menjadikan jenama ini berdaya saing dan menonjol dalam pasaran ialah sokongan oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan yang kukuh, dengan pelaburan yang mewah dalam tenaga pakar yang terdiri daripada jurutera mahir, saintis, pakar pembuatan dan pereka bentuk.
Majlis pelancaran produk di Malaysia pada tahun 2021, telah diadakan secara dalam talian melalui siaran langsung, yang menampilkan atlet negara Datuk Wira Lee Chong Wei dan Tan Boon Heong sebagai tetamu istimewa.
Kali ini, Roborock telah melakukan kerjasama dengan selebriti Malaysia Daphne Iking, yang berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk Roborock sebagai wanita yang mempunyai keluarga yang sibuk dan ingin membuat pembersihan lebih mudah, dan yang menguruskan rumah tangga dengan anak-anak yang mahukan rumahnya bersih selepas seharian sibuk di tempat kerja.
“Teknologi pembersihan canggih Roborock memastikan setiap sudut rumah anda dibersihkan dengan teliti, memberikan anda ruang hidup yang segar dan sihat. Ini amat penting semasa musim perayaan seperti Hari Raya apabila keluarga berkumpul untuk meraikan. Dengan Roborock, keluarga Malaysia akan memerlukan lebih sedikit masa membersihkan dan dapay meluangkan lebih banyak masa menikmati percutian bersama keluarga. Terima kasih kepada kecekapan dan keberkesanannya, Roborock menjanjikan keluarga lebih banyak masa bersama,” kata Henry Zhu, Pengarah Roborock GTM Luar Negara.
Sejak mula memasuki pasaran Malaysia, Roborock telah melancarkan Roborock S4, Roborock S5, Roborock S6, dan Roborock S7. Siri Roborock S8 dijangka akan meningkatkan peranan jenama itu di pasaran dan menampilkan kuasa sedutan yang lebih baik dengan kelengkapan berus dwi-gelek.
Sistem dwi yang baharu ini juga mampu menambah baik pembersihan kotoran sambil menangani masalah rambut kusut dengan lebih berkesan. Ini adalah berita baik untuk sesiapa sahaja yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah.
Apabila S8 Pro Ultra berada di dalam mod mengemop dan vakum robot kembali ke stesen dok, sistem berus dwi secara automatik meningkat kepada 6 mm untuk mengelakkan pencemaran silang.
Ketiga-tiga model ini juga akan dilengkapi dengan peningkatan prestasi sedutan dengan 6,000Pa. Tawaran oleh siri Roborock S8 adalah cara berkualiti tinggi untuk memastikan kediaman anda sentiasa berada dalam keadaan yang bersih.
Siri Roborock S8 boleh didapati di kedai AiHome di IOI City Mall, One Utama, Mid Valley Megamall, Setapak Central Mall, Sunway Velocity, dan iGadgets Pavilion Bukit Jalil, serta di Shopee dan Lazada bermula Mac 2023. Roborock S8 Pro Ultra dijual pada harga RM5,599, manakala Roborock S8+ berharga RM3,999 dan Roborock S8 berharga RM2,699.
Untuk maklumat lanjut, layari:
- global.roborock.com
- http://www.facebook.com/RoborockMY
- http://www.instagram.com/roborock_my
- M: +6011-1148 2157
- E: Roborockmalaysia@gmail.com
Mengenai siri produk baharu S8 / S8+ / S8 Pro Ultra
Siri S8 menggunakan sistem pembersihan paling berkuasa yang telah dibangunkan ke atas vakum robot oleh Roborock sehingga kini. Ia digabungkan dengan keupayaan untuk bergerak di sekeliling objek dan mengekalkan dirinya sendiri. Oleh itu, pelanggan boleh menikmati pembersihan yang lebih mendalam berbanding sebelumnya. Sementara teknogi Dyad Pro menawarkan pembersihan basah-kering dengan pilihan kuasa pembersihan, kecerdasan dan penyelenggaraan diri yang tiada tandingan.
Siri S8 Roborock: Anda boleh benar-benar lupakan pembersihan
- Memperkenalkan Dok Roborock yang Paling Mudah
Sistem RockDock™ Ultra baharu Roborock diperkenalkan pada S8 Pro Ultra, membolehkan pencucian mop automatik, pengosongan habuk, pengisian semula dan pembersihan diri. Ciri pengeringan udara hangat baharu menghalang pertumbuhan acuan dan bau pada pad mop dan dok.
- Prestasi Pembersihan yang Dipertingkatkan
Siri S8 dikuasakan oleh sedutan terkuat Roborock yang pernah ada, pada 6,000Pa. Berus penggelek dwi getah yang baharu diperkenalkan akan meningkatkan sedutan kotoran dan lebih berkesan dalam menahan rambut kusut, menjadikannya sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai haiwan peliharaan.
Berus pada S8 Pro Ultra secara automatik diangkat sehingga 6mm di bawah mod mop sahaja dan apabila vakum robot kembali ke dok, menghalang pencemaran silang dalam kedua-dua keadaan. Berus boleh angkat ini juga membolehkan pengguna mengemop sebarang tumpahan tanpa merosakkan vakum robot.
- Sistem Pengemop VibraRise® 2.0
Mop akan terangkat secara automatik apabila membersihkan permaidani dan menyental lantai dengan teknologi mop sonik pada kekerapan 3,000 kali seminit. Di dalam siri S8 Pro Ultra, kini terdapat dua modul getaran, memberikan kecekapan yang lebih baik berbanding sistem mengemop yang asal.
- Sistem Mengelak Halangan 3D Reaktif
Dilengkapkan dengan sistem pengecaman dan pengelakan halangan terkini Roborock, Siri S8 boleh mengenal pasti pelbagai objek di laluannya dan bergerak di sekelilingnya.
Leave a Reply