Memang sesuai sangat dengan temanya ‘Menggamit Memori Indah’, pengunjung pastinya akan menggamit memori zaman silam sewaktu di era 70 hingga 80an yang sukar dibandingkan dengan zaman moden kini.

Acara yang dijalinkan antara Berqat Media Sdn. Bhd. dan MARDIcorp ini akan berlangsung selama 10 hari bermula pada 7 April 2023 hingga 16 April 2023 di Dewan D, MAEPS Serdang, Selangor.

Lebih 60 peniaga akan menyertai acara ini yang menawarkan pelbagai barangan, pakaian, makanan dan minuman, kuih raya dan banyak lagi untuk persediaan menyambut Aidil Fitri tak lama lagi.
Selain peniaga, artis dan selebriti tempatan juga akan mengadakan jualan produk mereka sekali gus memeriahkan acara ini bersama-sama pengunjung yang datang.
Antara artis yang akan turut serta adalah Syura, Haiza, Ashraf Muslim, Mimi Ernida, Fifi Azmi, Syed Ali, Fendi Bakri, Nafiz, Afzan dan Da’ie Azrin.

‘Nostalgia Retro Raya’ bukan sahaja akan menawarkan suasana yang menggamit memori, malah penganjuran di MAEPS juga menjanjikan suasana yang selesa untuk membeli-belah bersama keluarga terutamanya kanak-kanak, kemudahan awam yang baik seperti tandas, surau dan mesra pengunjung kurang upaya selain menyediakan kawasan letak kereta yang luas dan percuma.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Amiruddin Karim di 013-2199103
Leave a Reply