ANUGERAH SENI BOH CAMERONIAN KE-18 BAKAL KEMBALI DENGAN LEBIH UMMPH!

Anugerah Seni Cameronian BOH ini dimulakan dengan majlis Pengumuman Calon di Performing Arts Centre Petaling Jaya (PJPAC) 1 Utama.

Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantation, Jason Foo, Low Ngai Yuen, Presiden Kakiseni, wakil-wakil penaja, penggiat-penggiat seni dan juga calon-calon bagi Anugerah Seni Cameronian BOH ke-18.

Para juri terdiri daripada:

  • Dr. Andrew Filmer, Dominic Luk, Janet Kan, Ng Yuet Sum, Sara Heng, Dr Sayyid Shafiee, Tan E-Jan (Muzik)
  • Alla@Azura Abal Anas, Choong Wan Chin, Foo Chi Wei, Kenny Shim, Rathimalar Govindarajoo, Mohd Yunus Ismail (Tarian)
  • Christopher Ling, Fazleena Hishamuddin. Dt Muralitharan Pillai, Dt Syahrul Musa, Yves Yap (Teater)
  • Colin Kirton, Mervyn Peters, Michael Xavier Voon, Sabrina Hassan, Sandra Sodhy (Teater Muzikal)

“Ia merupakan sesuatu yang sungguh menggembirakan apabila Anugerah Seni BOH Camaeronian kembali sebagai salah satu acara kemuncak dalam industri seni. Cukuplah untuk saya katakan bahawa beberapa tahun kebelakangan ini adalah tempoh ujian bagi kita tetapi ia telah membentuk kecekalan kita sebagai sebuah industri.Gembira untuk melihat industri seni kembali muncul, bangkit untuk menakluki cabaran masa lalu dan secara bersepadu bergerak ke hadapan untuk membentuk masa depan yang menarik.

Kita ingin menyemai benih permulaan yang baru. Semoga Anugerah Seni BOH Cameronian ini terus memotivasikan setiap artis yang membuat persembahan untuk mencapai bintang dan memecahkan sebarang siling kaca yang mungkin menghalang anda. Tunjukkan keberanian anda dan capai kecemerlangan. Seperti biasa, BOH amat berbesar hati untuk mengembara bersama anda dalam usaha kreatif dan kami tidak sabar-sabar untuk bertemu semula di majlis Anugerah”-Jason Foo

Anugerah ini bukan sahaja memberi pengiktirafan pada mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang lakonan, muzik dan tarian malah turut diberikan kepada krew belakang tabir termasuk mereka yang bertanggungjawab menjaga dan menghidupkan kembali produksi seperti Kostum & Solekan, Muzik & Bunyi, Reka Bentuk Visual & Set serta Reka Bentuk Pencahayaan.

“Beberapa tahun kebelakangan ini banyak menguji bukan sahaja penghibur di negara kita tetapi di seluruh dunia apabila sekatan dan perintah kawalan pergerakan menghentikan seni persembahan, muzik dan kerja-kerja produksi, menjadikannya satu situasi yang amat sukar untuk pengamal seni untuk terus hidup. Tetapi mereka berjaya melakukannya, beralih kepada penstriman langsung dalam talian dan penyelesaian kreatif lain, sehingga akhirnya pada 2022, sektor itu mula dibuka dan bangkit semula. Geran BOH Cameronian diberikan untuk Pengeluaran Baharu bagi membantu untuk memulakan semula. Beberapa rancangan ini bahkan telah berjaya dalam senarai percalonan Oleh itu, ia sememangnya satu peristiwa yang mengembirakan bagi kami untuk menjaid tuan rumah 18BCAA dan mngumumkan calon-calonnya”-Low Ngai Yuen

Tema tahun ini, A New Day, Setia Pada Senimu, adalah cerminan sebenar semangat masyarakat seni persembahan untuk bangkit semula dari bawah dan kembali dengan semangat yang diperbaharui.

Untuk memperingati cabaran yang dilalui oleh industri ini, reka bentuk kanister teh BOH yang istimewa telah direka lebih “Ummph”. Kanister edisi terhad ini akan disediakan pada majlis anugerah yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mei 2023 di PJPAC, 1 Utama E, 1 Utama Shopping Centre.

Untuk tahun 2023 acara anugerah ini telah disokong oleh panaja-penaja seperti:

  • BOH Plantations
  • BDO (Ballot Partner)
  • A Cut Above
  • Inglot Cosmetics
  • SUB International Beauty School
  • SOGO

Kesemua penaja yang menjadi sebahagian daripada Anugerah Seni BOH Cameronian bakal menjadikan sambutan anugerah ini lebih glamor dan bergaya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: