KEMPEN TV9 ‘JANJI BERBALOI 149’ TAWAR PEK MASAKAN PADA HARGA RM1.49. MEMANG JIMAT!

Pek yang bernilai RM1.49 itu mendapat sambutan yang sangat meriah apabila lebih daripada 250 pengunjung datang mendapatkan pek tersebut.

Selain pembelian pek Janji Berbaloi 149, pengunjung turut berpeluang menemui Datuk Rosyam Nor selaku wakil ST Rosyam Mart yang turut menjayakan kempen ini.

Kedatangan para selebriti dari rancangan realiti masakan TV9 Dapur Tempur Ra-Ra iaitu juri tetap, Michael Ang turut memeriahkan lagi suasana di ST Rosyam Mart, Sungai Buloh.

Menurut Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar Pengurusan Program dan Penyiaran TV9,

“Bersempena dengan bulan Ramadan pada tahun ini, TV9 berbesar hati ingin meringankan beban penonton dengan menjual barangan dapur, yang bernilai RM60.00 pada harga serendah RM1.49 sahaja. Ini adalah salah satu tanggungjawab serta inisiatif sosial bagi kami di TV9 dalam menyantuni penonton TV9 melalui kempen Janji Berbaloi 149. Pada tahun lepas, kami telah menjual ayam serendah harga RM1.49, dan pada tahun ini dengan keadaan ekonomi semasa yang menghadapi kenaikan harga barang, kami ingin menjual 13 jenis barangan asas dapur yang berlainan dan harga keseluruhan barang-barang tersebut hanyalah RM1.49 sahaja. Semoga dengan usaha ini dapat meringankan beban penonton untuk menyambut Ramadan dan Syawal yang akan tiba”.

Pek yang ditawarkan oleh TV9 ini merupakan barang-barang yang biasa digunakan bagi menyediakan juadah waktu berbuka dan juadah sahur seperti beras, bawang putih, garam, minyak masak, telur, santan kelapa, tepung gandum, kicap manis, sirap kordial, bawang besar, sos cili, gula dan krimer manis.

Tawaran harga yang sangat istimewa itu merupakan tanda penghargaan kepada penonton setia TV9. Kolaborasi ini juga merupakan hasil usaha antara TV9 dan ST Rosyam Mart bagi menyemarakkan lagi kempen Seindah Kasih Media Prima.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, jangan lupa untuk ikuti media sosial rasmi:

  • Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia
  • TikTok @TV9MalaysiaOfficial
  • http://www.xtra.com.my
  • Facebook rasmi (@TV9 Dihatiku)
  • Instagram (@TV9Malaysia)
  • YouTube (@TV9Malaysia Official),
  • tonton menerusi myFreeview CH109, Astro CH149, unifi CH109, tonton LIVE TV dan XTRA Live TV
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: