Majlis yang berlangsung dari pukul 11:30 pagi sehingga 3 petang telah dijayakan dengan kerjasama seramai 25 orang pengusaha stesyen minyak Shell yang meliputi kawasan Puchong, sebahagian Petaling Jaya dan Shah Alam.

Tujuan majlis sumbangan ini diadakan adalah untuk merai dan membantu anak-anak yatim dan asnaf membeli barangan keperluan sempena sambutan Hari Raya.

Pengusaha-pengusaha Shell ini turut bersama-sama memilih barangan keperluan anak-anak ini seperti baju kurung, baju melayu, tudung, kasut dan sebagainya.
Menurut wakil CO6, Hani Saleh,

“Kami sangat berbesar hati dapat meringankan beban keluarga anak-anak yatim dan asnaf dalam persiapan menyambut Hari Raya. Program ini adalah tanggungjawab sosial daripada pihak kami. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd. Haniff Bin Tajul Urus (Pengurus kawasan CO6), pihak pengurusan Mydin Mall, Guru Besar dan guru-guru Sekolah Rendah Agama Bandar Kinrara 5, ibubapa, pihak media massa dan semua yang menjayakan program ini.”

Leave a Reply