Lampu raya telah dinyalakan dan hiasan perayaan yang bergaya moden sambil mengimbau kenangan sambutan “balik kampung” telahpun siap sedia di Spritzer EcoPark mulai sekarang hingga 22 Mei 2023 bagi mengalu-alukan pengunjung sama ada dari dekat mahupun jauh. Sempena cuti perayaan, pengunjung-pengunjung boleh meluangkan masa bersama orang tersayang dan mengambil gambar untuk kenang-kenangan.

Selaras dengan inisiatif kemampanan Spritzer, botol kitar semula ditampilkan sebagai sebahagian daripada hiasan yang mengingatkan orang ramai supaya bersama-sama menghargai alam semulajadi dan mengetahui betapa pentingnya kitar semula dalam kelestarian dan sumber air bersih.

Bagi memeriahlan lagi suasana perayaan, bermula dari 21 April hingga 30 April 2023, Spritzer EcoPark turut menyediakan aktiviti pedal kart, golf mini, kraf dengan mengunakan bahan kitar semula, gelembung gergasi serta makanan ringan dan minuman.

Acara kemuncak adalah pengenalan kepada minuman baru Sparkling Nanas Laici, resipi istimewa yang dicipta khas oleh Khairul Aming dan disokong oleh duta Spritzer dan artis tempatan seperti Ayda Jebat dan Meerqeen. Minuman baru ini tersedia di Spritzer EcoPark sepanjang perayaan Hari Raya.
Selaras dengan kempen Spritzer Sparkling, setiap pembelian dua botol 1 liter Spritzer Sparkling akan mendapat dua sudu pengacau emas secara percuma. Selain itu, promosi pek kombo dan produk Spritzer yang lain juga terdapat di Spritzer EcoPark.
Sempena Hari Raya yang bakal tiba ini Spritzer mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf, Zahir dan Batin!
Leave a Reply