Kehadiran anak-anak yatim ini disambut mesra oleh Pengurus Besar Pusat Beli-Belah Alamanda, Pang Sook Fong sebaik mereka tiba di perkarangan ‘Centre Court’, Pusat Beli-Belah Alamanda.
Ramadan kali ini pastinya menjadi kenangan bagi anak-anak ini apabila mereka menerima tajaan barangan kelengkapan Hari Raya.

Senyuman dan kegirangan jelas terpancar di wajah mereka ketika mereka diberi peluang untuk memilih sendiri persalinan Hari Raya yang serba-serbi baharu termasuk pakaian serta kasut.

Selain daripada tajaan membeli-belah, anak-anak ini turut dihiburkan dengan persembahan tradisional ‘dikir barat’.

Selesai acara hiburan, mereka telah menerima sumbangan berbentuk ‘duit raya’ dan sepasang lagi persalinan baju raya yang ditaja oleh rakan niaga Pusat Beli-Belah Alamanda. Program menyantuni anak-anak yatim ini diakhiri dengan majlis berbuka puasa di sebuah restoran di Pusat Beli-Belah Alamanda.

Pengarah Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien mengulas,
“Sebagai sebuah organisasi yang fokus dengan tanggungjawab sosial korporat, adalah suatu yang sinonim bagi kami untuk terus memberi semula kepada masyarakat dan komuniti sekitar. Kami amat berbangga dengan peluang yang diberikan untuk menyantuni Anak-Anak Yatim dan Miskin Rukaiyah pada bulan yang mulia ini.
Kami berharap sumbangan kecil kami mampu mengukir senyuman di wajah anak-anak yatim ini selain daripada memberi semangat kepada organisasi yang lain untuk turut proaktif dalam penganjuran program seperti ini. Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan niaga kami yang turut menyalurkan sumbangan bagi menjayakan program ini.”

Turut hadir di majlis tersebut adalah penjaga Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim/Miskin Rukaiyah, Puan Siti Eshah yang turut berkata,
“Saya, sebagai penjaga dan wakil pusat Anak-Anak Yatim/Miskin Rukaiyah ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga terhadap Pusat Beli- Belah Alamanda kerana telah menganjurkan majlis ini untuk anak-anak di rumah Rukaiyah. Kami amat terharu dengan kebersamaan pelbagai pihak di dalam memastikan mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan tidak dilupakan untuk sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri”
Pusat Beli-Belah MESRA

Pusat Beli-Belah Mesra turut mengadakan majlis amal jariah pada 6 April 2023 yang lalu di mana mereka berkesempatan menyantuni 30 orang anak yatim daripada Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai Kemaman (Rumah Huzai).

Majlis yang diberi nama ‘Jalinan Mesra’ telah diadakan di Dewan Mesra dan anak-anak yatim yang hadir dirai dengan sambutan yang meriah.
Pengurus Besar Pusat Beli-Belah Mesra, Junaidy Jamaludin menyambut ketibaan 16 kanak- kanak lelaki dan 14 kanak-kanak perempuan yang berumur dari 7 tahun sehingga 17 tahun. Kanak-kanak perempuan telah menerima sepersalinan baju kurung serta selendang, manakala kanak-kanak lelaki menerima persalinan baju melayu bersama sampin sebagai persiapan menyambut ketibaan Aidilfitri.
Selain itu, mereka juga menerima pelbagai hadiah daripada pihak pengurusan dan duit raya yang bernilai RM100 setiap seorang.
Anak-anak yatim tersebut juga menerima tajaan berbuka puasa dan dalam pada masa yang sama, mereka turut dihiburkan dengan persembahan nasyid
Majlis iftar yang berlangsung itu turut menerima tajaan daripada rakan niaga Pusat Beli-Belah Mesra seperti Rasa Sayang, The Body Shop, TMC, BH Beauty, U-Sport, Tealive, Cuckoo, D’Laksa, Rasa Kampung, Mee Tarik Warisan Asli, Tastebuds, Nasi ZNZ, Yong Tau Fu dan VV Rosegold.
Pengurus Rumah Huzai berkata,
“Majlis ini adalah majlis yang sangat memberi makna kepada semua penghuni Rumah Huzai. Ia bukan hanya kerana hadiah dan sambutan yang diberikan, tetapi perhatian dan sikap ambil peduli yang kami terima. Kami amat berterima kasih kerana telah menjadikan hari ini hari yang amat istimewa.”
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Mengenai Mesra Mall
Mesra Mall adalah pusat membeli-belah terunggul di Kemasik yang menawarkan pelbagai variasi fesyen, makanan, hiburan dan aktiviti untuk seisi keluarga. Ia merangkumi kawasan sebanyak 315,000 kaki persegi dengan satu tingkat. Mesra Mall telah dibuka untuk orang ramai pada Oktober 2008 dan sejak itu dikunjungi oleh masyarakat setempat dan pengunjung asing.
Mesra Mall mempunyai 5 dewan panggung wayang yang selesa, pusat boling 24 lorong, sebuah gelanggang futsal dan 12 gelanggang badminton serta tempat makan yang cukup selesa. Pengunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan bank, surau yang luas dan kemudahan kerusi roda serta kereta sorong budak menjadikan Mesra Mall pusat sehenti untuk ahli keluarga dan rakan-rakan melakukan aktiviti harian atau meluangkan masa dengan dengan berfaedah.
Selain itu, Mesra Mall mempunyai dewan serbaguna seluas 16,000 kaki persegi yang merupakan dewan terbesar di kawasan itu yang boleh memuatkan 800 orang pada satu masa. Ini menjadikan Mesra Mall tempat strategik untuk mengadakan pameran, majlis perkahwinan atau korporat dan acara besar-besaran.
Untuk info lanjut, sila layari:
Leave a Reply