SAMSUNG GALAXY A54 5G TEPATI CIRI BAGI PENGHASILAN BLOG

Dan kini,

penulis berpeluang mengguna telefon pintar Samsung yang baharu sahaja dilancarkan pada Mac lalu iaitu Galaxy A54 5G.

Agak teruja juga apabila membuka kotak yang berisi telefon ini. Terbit perasaan ingin tahu bagaimana rupa bentuk telefon yang bakal menjadi kesayangan untuk beberapa tahun akan datang.

Kemasan frame jenis plastik di bahagian belakang telefon menjadikan ia selesa dipegang dan dengan berat kira-kira 202gram menjadikan ia satu peranti yang tidak terlalu berat untuk digenggam. “Sedang-sedang” orang kata. Memang sesuai untuk penulis yang aktif “on-the-go” sepanjang hari.

Panel skrin FHD + Super AMOLED bersaiz 6.4 inci memang bertetapan dengan penulis yang memerlukan skrin bersaiz besar memandangkan jarak penglihatan semakin menyukarkan untuk melihat abjad-abjad serta nombor-nombor yang bersaiz kecil. Dengan skrin yang agak besar, apatah lagi adanya ciri Vision Booster yang dipertingkatkan, paparan di skrin akan disesuaikan dengan pelbagai keadaan pencahayaan yang berlainan memudahkan penulis untuk mengendalikan perisian, menjawab emel serta menaip mesej di mana-mana persekitaran pada bila-bila masa. Sangat mudah tanpa perlu menanggalkan lagi cermin mata untuk membaca mesej di skrin.

Bahagian yang paling penulis suka sekali adalah kamera. Samsung Galaxy A54 5G datang dengan TIGA kamera di bahagian belakang. Tidak hairanlah, telefon pintar ini menghasilkan imej-imej yang LEBIH menakubkan, LEBIH segar dan LEBIH berkualiti. Pencahayaan yang terlampau terang mahupun kurang pada waktu malam tidak menjejaskan langsung kualiti gambar yang diambil dengan keupayaan Nightography. Sememangnya inilah ciri-ciri yang paling dicari bagi penulis blog yang mengambil gambar-gambar mengguna telefon pintar sewaktu menghadiri acara-acara yang diadakan sama ada di dalam bangunan mahupun kawasan outdoor, pada waktu siang ataupun malam.

Samsung Galaxy A54 5G juga menghasilkan video berkejelasan tinggi. Ini satu lagi fungsi yang perlu ada bagi penulis blog yang merakam video bagi kandungan di sosial media seperti Instagram, TikTok serta Facebook. Fungsi Penstabil Imej Optikal dan Penstabil Imej Digital Video yang ada pada Samsung Galaxy A54 5G ini dapat mencegah masalah kekaburan, kurang jelas dan kurang sharp yang disebabkan oleh gegaran sewaktu merakam video. Sedikit sebanyak menaikkan rasa konfiden untuk upload video di Instagram dan berkongsi bersama follower.

Memandangkan sebagai blogger yang sering menghadiri acara sepanjang hari, dan adakalanya berlanjutan hingga waktu malam, bateri telefon adalah isu utama yang perlu dititikberatkan. Penggunaan telefon yang ‘aktif’ memerlukan telefon yang baterinya mempunyai kadar pengecasan yang cepat. Tempuh masa pengecasan bateri Samsung Galaxy A54 5G hanya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mendapatkan sekitar 40% hingga 45% kuasa bateri dan sekitar 90 minit untuk mendapat pengecasan sehingga 100%.

Dengan penggunaan rangkaian 5G memudahkan pengendalian Internet yang sememangnya amat diperlukan bagi penulis blog yang aktif “on-the-go” untuk berurusan dengan pelanggan, berhubung bersama rakan-rakan media yang jauh mahupun dekat, mengguna aplikasi Waze untuk sampai ke satu-satu destinasi, membuat bayaran tanpa tunai di tol dan juga kawasan parkir. Ini sangat membantu dalam memastikan urusan seharian dilakukan dengan efisien.

Secara keseluruhan, sebagai penulis blog yang aktif, Samsung Galaxy A54 5G menepati ciri-ciri yang diperlukan dalam mencipta konten bagi artikel dalam blog serta sosial media. Kualiti gambar serta video yang dihasilkan memberi impak yang menarik di dalam Instagram, TikTok dan Facebook.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: