SAMSUNG A54 5G PUNYA PRESTASI YANG MENGAGUMKAN

Rekaan

Dilengkapi dengan perlindungan debu melalui pensijilan IP67 bermakna telefon ini dapat menghalang sepenuhnya kemasukan debu dalam peranti manakala perlindungan rintangan air pula membolehkan peranti ini direndam dalam air dalam masa yang singkat di bawah tekanan tertentu.

Paparan skrin

Datang dengan panel skrin FHD+ Super AMOLED bersaiz 6.4 inci dengan resolusi 1080 x 2340 piksel. Ciri Vision Booster yang dipertingkatkan dan kadar penyegaran semula 120Hz yang turut dipertingkatkan, paparan skrin peranti ini sesuai dengan pencahayaan yang berbeza serta kecerahan skrin yang boleh mencapai sehingga 1000 nits. Kaca hadapan pula diperkuatkan dan dilindungi oleh kaca Gorilla Glass 5.

Storan dan Operasian

Samsung Galaxy A54 5G dikuasakan dengan chipset Exynos 1380 dan dipasang didalamnya RAM 8GB beserta 256GB storan.

Aplikasi pengoperasian yang digunakan pula adalah Android 13, One UI 5.1. Peranti ini juga dijamin peningkatan OS sehingga ke 4 generasi, kemaskini keselamatan untuk 5 tahun, dan waranti 2 tahun . Dengan itu ia membolehkan pengguna mengakses perisian, ciri keselamatan terkini, dan jaminan untuk memaksimumkan hayat penggunaan telefon pintar.

Kamera

Menariknya , peranti terbaharu ini didatangkan dengan TIGA kamera di bahagian belakang iaitu 50MP Utama F1.8 OIS dan dipasangkan dengan IOS (Optical Image Stabilization system), 12 MP/F2.2 (ULTRAWIDE) dan 5 MP/F2.4 (MACRO).

Maka tidak hairanlah Samsung Galaxy A54 5G dapat menghasilkan imej yang menakjubkan dengan kualiti yang dipertingkatkan meskipun sewaktu pencahayaan yang terlampau terang atau kurang dengan keupayaan Nightography dan AI terkemuka Samsung Galaxy. Ini juga ciri penting jika menghadiri program-program outdoor pada waktu malam dan perlu menangkap gambar yang jelas di persekitaran yang kurang pencahayaan.

Untuk kamera di bahagian hadapan pula, peranti ini dilengkapkan dengan kamera jenis 32 MP F/2.2 yang dapat menghasilkan perincian visual yang menakjubkan tidak kira untuk rakaman swafoto atau bersambung melalui panggilan video. Ia juga menghasilkan video berkejelasan tinggi untuk rakaman kandungan yang mengagumkan dengan menggunakan penstabil imej optikal (OIS) dan penstabil imej digital video (VDIS) yang mampu mencegah kekaburan akibat gegaran.

Audio

Samsung Galaxy A54 5G didatangkan dengan setup stereo speaker.

Bateri

Datang dengan bateri berkapasiti 5,000 mAh bersama sokongan pengecasan pantas 25 Watt. Masa pengecasan pula mengambil kira-kira 30 minit untuk memperoleh sekitar 46% kuasa bateri atau sekitar 90 minit untuk mendapatkan kuasa pengecasan sehingga 100%. Apabila penuh pengecasan, hayat bateri boleh bertahan lebih dari dua hari! Memang satu ciri yang penting bagi mereka yang selalu berada di luar pejabat.

Keselamatan terjamin

Dengan adanya Samsung Knox, segala data dalam peranti selamat dilindungi. Pengguna Samsung Galaxy A54 5G juga diberi kebenaran mengakses Security and Privacy Dashboard yang mana mereka boleh mengetahui bagaimana aplikasi membuat pengesanan data dan boleh menolak pengumpulan data yang tidak dikehendaki.

Melalui Private Share pula, pengguna boleh berkongsi dokumen tertentu hanya pada mereka yang terpilih dalam tempoh masa yang terhad.

Ciri-ciri lain

  • dipasang dengan peranti yang menyokong WIFI 6 dan Bluetooth 5.0
  • sambungan internet mudah alih generasi Rangkaian 5G
  • port sambungan jenis TYPE-C (kabel pengecas TYPE-C dibekalkan bersama)
  • dilengkapi dengan sistem pengimbas cap jari di bawah skrin
  • merasai kehebatan ‘Awe-Day, Awe-Night’ (sepanjang hari dan malam)
  • Perkakasan untuk mengedit gambar yang dipertingkatkan

Warna

Terdapat empat warna menarik iaitu:

  • Awesome Lime
  • Awesome Graphite
  • Awesome Violet
  • Awesome White

Menurut pendapat penulis, spesifikasi dan prestasi keseluruhan yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy A54 5G agak mengagumkan dan pastinya menjadi peranti keperluan setiap kali bergerak ke sana sini.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: