
Pusat penjagaan kaki dan penyelesaian masalah berkaitan kaki yang merupakan perniagaan keluarga dari tiga generasi ini diusahakan oleh Dato Dr Edmund Lee, Pakar Podiatric dan Biomechanics di Asia.

Gaya hiasan dalaman outlet Sunfeet yang terbaharu ini meskipun tampil minimalis namun impak yang ditampilkan oleh kesederhaaan ini memberi satu suasana ketenangan manakala susun atur rak yang kemas dan menempatkan pelbagai jenis kasut daripada aneka kategori serta saiz memudahkan pengunjung yang datang membuat pilihan.

Satu sudut khas berdekatan dengan pintu masuk Sunfeet ini pula mempamerkan pelbagai maklumat mengenai latar belakang Sunfeet, sejarah penubuhan Sunfeet yang diusahakan bermula daripada datuk, ayah dan Dato Dr Edmund sendiri serta sijil-sijil yang dimiliki.

Keratan surat khabar yang mempamerkan artikel mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sunfeet dalam pelbagai bahasa turut dipamerkan di ruang khas tersebut.

Menurut Dato Dr Edmund Lee, 40 tahun yang mendapat pendidikan di United Kingdom, Sunfeet menawarkan perkhidmatan kepakaran Ortotik yang terbaik kepada mereka yang menghadapi masalah seperti tapak kaki rata (flat foot), masalah Bunion, masalah sakit tumit kaki, masalah penjajaran kaki (foot alignment) serta penyelesaian prostetik. Sunfeet juga menyediakan perkhidmatan rehabilititation kepada mereka yang memerlukan.
Sempena pembukaan outlet Sunfeet terbaharu ini, pelbagai tawaran menarik disediakan kepada pengunjung yang datang ke pusat tersebut.

Antaranya pemeriksaan penjajaran kaki percuma, hadiah percuma kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah tapak kaki rata , rawatan penjajaran kaki pada harga promosi RM9.90 sahaja (bernilai RM250) dan rebat tunai percuma bernilai RM299 bagi mereka yang menghadapi masalah tapak kaki rata.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan di Sunfeet, mereka perlu terlebih dahulu menjalani pemeriksaan kedua-dua belah kaki mengguna peralatan yang disediakan.

Selepas itu, data akan direkodkan dalam sistem dan hasil pemeriksaan akan dicetak.

Pembantu outlet yang sememangnya mempunyai kepakaran dalam bidang rawatan ini akan memberi penerangan mengenai masalah yang dihadapi berdasarkan maklumat yang telah dicetak.

Satu sesi konsultasi kemudiannya akan diadakan bersama Dato Dr Edmund untuk menilai jenis-jenis rawatan yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelanggan.

Jika perlu, pelanggan perlu datang membuat temu janji untuk membuat pembentukan tapak dalam (insoles).

Dengan pembentukan tapak dalam ini, maka ukuran akan lebih tepat untuk memberi keselesaan dan mempercepatkan pemulihan kepada pelanggan.
Jangan risau jika anda ingin privasi sewaktu perkhidmatan ini, kerana Sunfeet turut menyediakan tiga bilik rawatan khas yang diletakkan di satu sudut.
Dan,
bagi meraikan sambutan Hari Ibu yang disambut setiap bulan Mei ini, Sunfeet turut meraikan dengan menawarkan promosi istimewa untuk mereka yang bergelar Ibu.

Antaranya:

- Rawatan penjajaran kaki Percuma (1x)
- Tawaran “One for Mom & One For You” yang mana anda membeli satu perkhidmatan yang ditawarkan dan berpeluang mendapatkan rebat sebanyak RM1,000
- Peluang memenangi sepasang tapak dalam (insoles) bernilai RM899 jika anda menyertai pertandingan Sunfeet Mothers’s Day Giveaway

Maklumat Sunfeet Orthotics Expert Cheras South:
Level 3A, Blok E
Kompleks Komersil Akasa,
Jalan Akasa, Akasa Cgeras South
43400 Seri Kembangan
Selangor
013-5283939/011-54171939
Waktu perniagaan: 10 pagi hingga 5.30 petang setiap hari kecuali Hari Ahad
Leave a Reply