‘ANWAR, THE UNTOLD STORY’: KETEGASAN DATUK SERI ANWAR DALAM PERJUANGAN MEMERANGI RASUAH

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir menonton sewaktu tayangan media khas dan VIP di Dadi Cinema Pavilion KL semalam (8 Mei) nyata tidak dapat menahan rasa sebak tatkala mengimbau kembali kenangan perjuangannya memerangi ketidakadilan dan rasuah.

Anwar yang turut mengadakan sidang akhbar dengan media tempatan dan antarabangsa selepas menonton filem berdurasi satu jam 30 minit arahan Pengarah Viva Westi Indonesia, terbitan Yusrych Global Sdn Bhd serta DMY Creation selaku pengedar rasmi, berkata beliau amat terharu kerana dapat mengimbau kembali episod-episod penting dalam hidupnya serta memuji kebolehan pelakon serta pengarah kerana berjaya membawa wataknya.

“Ini cerita yang mesti diceritakan, perjuangan menentang rasuah perlu diteruskan. Sekarang saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu menyelamatkan negara ini dan memerangi rasuah dan perangi mereka bersungguh-sungguh,” katanya dengan disambut tepukan gemuruh.

Filem yang berlatarbelakangkan tahun 1993 hingga 1998 mendedahkan kisah Anwar sewaktu menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Sepanjang tontonan filem, ia banyak menonjolkan perjuangan beliau yang secara konsisten menentang amalan rasuah tetapi berakhir di penjara.

Pelakon tempatan Malaysia Farid Kamil Zahari memegang watak utama sebagai Anwar Ibrahim manakala pelakon terkenal Indonesia Acha Septriasa memainkan watak sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tayangan media khas tersebut dianjurkan oleh DMY Creation, syarikat yang mengedar filem antarabangsa serta tempatan, juga penganjur rancangan hiburan langsung utama dan buat masa ini, pengedar rasmi untuk filem ‘Anwar, The Untold Story’.

Pengasas dan pengerusi DMY Creation Datuk Mohamed Yusoff menggalakkan orang ramai untuk menonton filem tersebut bagi merasai dan melihat sendiri perjuangan demi perjuangan yang dilalui oleh Perdana Menteri dan menyaksikan sekilas perjalanannya yang merupakan salah satu perubahan politik paling luar biasa dalam sejarah Asia Tenggara moden.

“Kami berharap semua terutama golongan belia menyokong dan menonton filem ini untuk mengetahui perjuangan sebenar Perdana Menteri kita. Filem ini menunjukkan kepentingan membasmi rasuah di negara ini,” katanya.

Anwar menonton filem itu bersama beberapa ahli keluarga terdekat termasuk mereka dari industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.

Kirakira 1,870 tetamu termasuk 500 media tempatan dan antarabangsa menonton filem tersebut di 13 dewan khusus.

Antara yang menghadiri majlis tersebut adalah Dr Wan Azizah Wan Ismail, penyanyi Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, pemuzik, pelakon dan artis Datuk M Nasir, pelakon dan penerbit veteran Fauziah Ahmad Daud, pengasas dan pengerusi DMY Creation Datuk Mohamed Yusoff, penulis lirik dan penulis skrip prolifik Habsah Hassan, penerbit filem tempatan Datuk Yusof Haslam dan pembuat filem popular Datuk David Teo.

Turut hadir adalah Pengerusi Eksekutif Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd Puan Sri Cindy Lim dan Pengarah Urusan Yusrych Global, Yusry Makmor.

Tayangan awam ‘Anwar, The Untold Story’ akan ditayangkan di semua pawagam utama di seluruh negara mulai 18 Mei 2023. Tempahan awal untuk filem itu akan dibuka tidak lama lagi.

#AnwarTheUntoldStorybyDMY

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: