SENQ DIGITAL STATION BUKA CAWANGAN BAHARU DI DATUM JELATEK MALL

Dengan pembukaan Grand senQ Datum Jelatek ini, pastinya memudahkan warga Kuala Lumpur dan penduduk sekitar Lembah Klang yang tercari-cari gajet atau perkakas elektrik dari jenama terkemuka.

Pembukaan rasmi tersebut telahpun selamat dijayakan, dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan dari dunia hiburan Malaysia, termasuk Elizabeth Tan, Danny Ahboy, Jaja Iliyes dan Razzuan Rosli.

Sempena pembukaan itu juga, Grand senQ Datum Jelatek menawarkan lebih dari 100 jenama terkemuka bagi pelbagai produk seperti gajet digital dan perkakas elektrik.

Dengan jumlah keluasan sehingga 19,162 kaki persegi, usaha yang dilakukan ini adalah untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih mudah dan selesa kepada pelanggan. Grand senQ Datum Jelatek juga mempunyai rekaan “Shop-in-Shop” yang moden dan premium, pastinya menggalakkan lagi kunjungan pembeli ke cawangan ini.

“Peluasan Grand senQ adalah sejajar dengan salah satu tonggak Business Direction kami tahun ini, iaitu Customer Experience Elevation. Di Grand senQ, kami mengutamakan pengalaman membelibelah dan sentuhan premium, yang sentiasa diperbaharui dengan maklum balas yang kami terima daripada pelanggan. Kami sentiasa mendahulukan pelanggan dalam segala yang kami lakukan,” kata KC Lim, Presiden Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, salah seorang pengasas jenama senQ.

Bagi pelanggan yang baru membeli-belah di senQ, mereka boleh menikmati jaminan tambahan satu tahun atau jaminan gantian 1-to-1 selama 24 bulan atas pembelian mereka, hanya dengan RM9.90 sahaja.

Ahli PlusOne yang sedia ada boleh menikmati Pulangan S-Coin sehingga 100% untuk produk eksklusif. Untuk produk yang lain, ahli PlusOne boleh memilih Diskaun Segera 50% daripada Pulangan S-Coin untuk produk tersebut, atau memilih untuk mendapatkan Pulangan S-Coin 100% untuk pembelian seterusnya. Ini selaras dengan strategi fokus pelanggan senQ, di mana senQ memberi pelanggan untuk memilih tawaran yang mereka suka.

senQ sangat berterima kasih kepada jenama-jenama berikut yang sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan pembukaan Grand senQ antaranya Samsung, LG, Panasonic, Sharp, Sony, OPPO, HONOR, Philips, Haier, Toshiba, AEON Credit Service, dan AIG Insurance.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi laman web http://www.senq.com.my atau ikuti media sosial senQ di Facebook, Instagram, dan Twitter.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: