Sambutan raya ini mengetengahkan konsep ‘Bridging the Community’ untuk merapatkan lagi hubungan antara semua kenalan korporat, perniagaan, majlis tempatan, pelbagai agensi seperti agensi keselamatan, kesihatan wakil media, penggiat seni, pembeli unit kondo Datum Jelatek Residensi dan masyarakat setempat.

Dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat ini diharapkan dapat menyatukan lagi hubungan kerana nilai waktu yang dikongsi bersama pastinya dapat mengeratkan lagi jalinan antara semua.

Bagi menyampaikan mesej konsep berkenaan, DCI memilih satu elemen yang relevan dengan Hari Raya Aidilfitri yang juga sinonim dengan titik mula pelbagai detik suka-duka dalam kehidupan masyarakat iaitu konsep “warung ala padang pasir”.
Menurut Pengurus Besar, Jabatan Jualan & Pemasaran, DatumCorp International, Sazela Mohd Safie, beliau sangat berbesar hati untuk meraihkan rumah terbuka bersama-sama.
“Kami berbesar hati untuk bekumpul bersama dengan berkongsi ruang untuk menjadikan perayaan ini lebih bermakna tambahan venue yang dipilih adalah concourse di Detum Jelatek shopping centre”
Pelbagai sajian enak disediakan di beberapa booth untuk tetamu menikmati hidangan hari raya termasuk Kambing Golek, Satay, aneka lauk seperti sambal ayam, rendang, lontong dan banyak lagi sajian enak. Sambil menjamu selera, tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh artis-artis jemputan seperti Liza Hanim, kumpulan Ghazal dan banyak lagi.

INFORMASI DATUMCORP INTERNATIONAL

Bertanggungjawab dalam pembangunan Datum Jelatek yang merupakan residensi eksklusif dan pusat membeli belah berkonsepkan transit-oriented development (TOD) berhubung terus dengan stesen LRT Jelatek.
Leave a Reply