ARRAHNUKITA BUKA CAWANGAN KEDUA DI BANDAR BARU BANGI

Cawangan kedua perkhidmatan pajak gadai patuh syariah milik koperasi itu telahpun mula beroperasi sejak 28 Februari yang lalu.

Menurut Pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim, kejayaan membuka cawangan kedua ArRahnukita adalah bukti komitmen KOPETRO terhadap anggota-anggota koperasi dalam meluaskan rangkaian perniagaan sedia ada demi memberikan pulangan dividen yang lebih lumayan.

ā€œSetelah tercapainya objektif KOPETRO untuk mengoperasikan sebuah perkhidmatan pajak gadai ArRahnuKita tahun lalu, Alhamdulillah, kita berjaya mengorak selangkah lagi ke hadapan hari ini dengan perasmian cawangan kedua perniagaan ini.

Masyarakat kini lebih peka dan menyedari kelebihan membuat simpanan dan pelaburan jangka masa panjang dengan emas. Melihat kepada situasi semasa, di mana dunia sedang menghadapi kenaikan kadar inflasi yang semakin membimbangkan, emas menjadi jalan penyelesaian terbaik bagi orang ramai untuk membuat simpanan, pelaburan dan modal perniagaan,ā€ ujar beliau sewaktu majlis perasmian ArRahnuKita Bangi yang turut dihadiri oleh Anggota-anggota Lembaga Koperasi, perwakilan-perwakilan, anggota-anggota Jawatankuasa Audit Dalaman dan barisan pengurusan KOPETRO.

Jelasnya lagi, ArRahnuKita bercadang membuka EMPAT lagi cawangan dan masih dalam pencarian memilih lokasi-lokasi yang sesuai untuk mengembangkan rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai itu.

Menurut Tuan Haji Shamsudin Haron, Ketua Bahagian Keanggotaan dan Servis Kewangan yang bertanggungjawab dalam menerajui perniagaan ArRahnuKita, selain cawangan di Sungai Besi dan Bangi, cawangan ArRahnuKita di Ampang juga sudah pun memulakan operasinya bulan ini.

Tambahnya lagi, pihaknya berinsipirasi untuk menjadikan ArRahnukita sebuah perkhidmatan pajak gadai emas yang menjadi contoh kepada ArRahnu lain dengan menawarkan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan sebuah jenama pilihan yang dipercayai.

ArRahnukita merupakan satu skim pajak gadai emas yang berlandaskan syariah Islam di mana cawangan pertama perkhidmatan itu beroperasi sejak tahun 2022 di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh ArRahnukita adalah:

  • Pembiayaan Ar-Rahnu yang membenarkan barang kemas dijadikan sebagai cagaran untuk dijadikan wang tunai. Pembiayaan ini berlandaskan Konsep Syariah Tawarruq dan terbuka kepada semua bangsa dan agama.
  • ArRahnukita membantu mengatasi masalah kewangan
  • Menawarkan tempat penyimpanan barangan kemas yang selamat dan terjamin
  • ArRahnukita menerima semua jenis barang kemas dengan mutu emas 750 sehingga 999, iaitu bersamaan 18 karat sehingga 24 karat, barang kemas yang berbentuk permata, rose gold, jongkong emas dan syiling emas
  • Menawarkan peluang untuk memenangi bar atau wafer emas selepas tempoh enam bulan apabila pelanggan mencagar emas di ArRahnuKita dengan nilai minimum RM5,000 sebelum 30 Jun 2023.
  • ArRahnukita juga menawarkan margin pembiayaan sehingga 80% dari nilai emas atau sehingga RM300,000 nilai terkumpul.

100 orang bertuah bakal memenangi cabutan bertuah yang mana pemenang akan diumumkan secara bulanan bermula Julai ini.

Untuk promosi terkini dan kadar emas terkini daripada ArRahnukita, layari:

  • www.arrahnukita.com.my
  • media sosial @ArRahnukita di Facebook dan Instagram
  • hubungi hotline ArRahnukita di talian +603-90559839 (Sungai Besi) dan +603-89204518 (Bangi)
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: